Subscribe

Sabree Cheek putar belit saranan TGNA

Kenyataan balas Menteri Penerangan terhadap saranan TGNA agar 'Umno bubar dan PAS bubar' :

"Kalau kita ikhlas tentang soal penyatuan, soal apakah bentuknya tidak penting. Tetapi yang pentingnya kesediaan untuk kita duduk berbincang dan muzakarah, dapat kita teruskan.


"Kita tidak mengenakan apa-apa syarat sebab bagi PAS sendiri sekiranya dia boleh duduk bersama parti-parti lain yang tidak pun bercakap tentang soal Islam, yang ada rekod menentang negara Islam, kenapa ia ingin mengenakan pelbagai syarat dan bentuk kerjasama dengan UMNO," katanya.



Hoi! Mu bengongkah Sabree Buih Chit! . Mu ngoyak :
Soal apakah bentuknya tidak penting??

PAS tidak pernah dibubarkan untuk bersama PAKATAN RAKYAT! Demo tak ngerti kerrrrgh! atau demo cuba nak belit orang ramai!


Kalau mu dan Umno sungguh ikhlas tentang soal penyatuan orang Melayu, ianya mestilah berlandaskan kepada Islam kerana Islamlah sahaja yang boleh menyatukan segala ummat manusia tidak kira merah, hitam ,biru atau apa kala sekali pung! Menteri Besar Kelantan kata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan manamana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar
"


by alhusseyn

2 comments:

Amiene Rev said...

Semalam dalam utusan online, ada keluar Nik Aziz mahu tengok UMNO dengan PAS bersatu padu bentuk satu parti baru.

Bagus juga. Nik Aziz memang pejuang rakyat. Takbir!!!

tamupulaumelaka said...

hingga hari ini umno/pak lah dan kuncu2 yg sewaktu dgnnya amat kalut dgn isu nak berbaik dgn pas. laku benar berita ttg pas kini dan selamanya.macam gadis yg digilai umno tambah2 sejak lepas pru12.

dengan terketar2 dan berbuih2 mulut dicubanya utk menggoda pas dan menyingkir siapa jua yg jadi sekutu/sepakatan pas membangkang tindak-tanduk Be End/umno...

TGNA dan TGHH jadi fokus utama.sabree cheek konon atas kapasiti menteri ganti Zam itu pun ikut beranikan diri untuk berbuih lagi. tapi seperti debat malam tu bicaranya dangkal apatah lagi utk menyentuh pandangan jitu dan berwibawa TGNA tu.

sabree nak cari publisiti dgn idea 2X5 idea2 org2 semangkuk dgnnya.eh..eh..org2 umno ni suka bebeno persoalkan ikhlas org lain, macam le org Be End/umno semuanya baik2 dan ikhlas tanpa kong-kalikongnya.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.