Subscribe

Segera Kurangkan Beban Rakyat !!!!!!!!!..

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib dan perkembangan yang berlaku mutakhir ini, saya amat tersentuh hati dengan pengumuman yang telah dikeluarkan oleh PETRONAS, bahawa syarikat milik rakyat Malaysia tersebut telah mencatat keuntungan sebanyak RM 62.8 bilion untuk tahun keuangan yang berakhir tahun ini, serta pemberian dividen khas sebanyak RM 6 bilion kepada kerajaan.

BANGGA... MEMANG BANGGA...... itulah mungkin sedikit perasaan yang ada pada setiap rakyat Malaysia, kerana memiliki sebuah syarikat yang GAH ,yang setanding dengan syarikat petrolium antarabangsa yang lain.

Tapi disebalik perasaan bangga tersebut, rakyat masih tertanya-tanya,...Apakah keuntungan yang diperolehi oleh PETRONAS tersebut telah berjaya diagihkan secara adil dan seksama kepada seluruh rakyat Malaysia ?....Kenapakah masih ada rakyat Malaysia yang miskin hinggakan masih ada yang memakan siput babi kerana tidak mampu untuk membeli makanan ?....

Keuntungan PETRONAS sepertimana yang kita tahu adalah berpuluh2 bilion setiap tahun dan sebahagiannya telah disumbangkan kepada Kerajaan. Oleh yang demikian bagi saya Kerajaan adalah bertanggung jawab untuk mengagihkan keuntungan PETRONAS ini kepada RAKYAT. Kerajaan harus memastikan bahawa tidak harus ada lagi rakyat Malaysia yang tidak cukup makan,mengemis,merempat,dan meminta simpati orang lain untuk meneruskan hidup.


Kerajaan tidak seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha
untuk membuat PROJEK2 MEGA, seperti WPI, KORIDOR UTARA, KORIDOR PANTAI TIMUR DAN macam2 lagi koridor yang bagi saya ini semua tidaklah sepenting dengan PEMBANGUNAN TARAF HIDUP RAKYAT,.. saya bukannya anti kepada pembangunan,. tapi disamping kerajaan merancang Pembangunan2 Mega, alangkah baiknya memperbaiki taraf hidup Rakyat adalah DIDAHULUKAN DAN DISEGERAKAN, tambahan pula Rakyat kini sedang menghadapi keadaan yang amat sukar dengan impak kenaikkan harga minyak dan barang2 keperluan harian.

Dengan Kenyataan D.S.Najib bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan harga minyak walaupun PETRONAS telah memberikan dividen khas sebanyak RM6 bilion kepada Kerajaan, serta harga minyak global telah menunjukan sedikit penurunan.
Walaupun D.S.Najib berjanji dividen khas RM6 bilion tersebut akan digunakan untuk membantu meringankan beban rakyat, dan pengumuman langkah tersebut akan dibuat.,.. KONONNYA......

Dari kenyataan D.S.Najib tersebut maka timbullah seribu satu pertanyaan bagi rakyat., yang antaranya adalah :

1 ) Bolehkah D.S.Najib dipercaya ?, sedangkan sebelum PRU 12 beliau
berjanji bahawa harga minyak tidak akan naik selepas PRU 12, tapi
sekarang apa berlaku ?... Tlg jawab D.S............kepada rakyat dengan
segera.

2) Mengapa D.S Najib tidak turunkan saja harga minyak, kerana dengan
Wang RM6 bilion itu bagi saya adalah cukup untuk menurunkan
harga minyak sekurang2nya turun sehingga harga asal ( RM1.92/ltr )?.
Bukankah ini juga langkah untuk meringankan beban rakyat ????

3) Mengapa D.S.Najib tidak faham akan maksud tersirat daripada
PETRONAS dengan pemberian dividen khas ini ?....Gunakanlah
secepat yang mungkin DUIT RAKYAT ini untuk membantu rakyat!!..
Rakyat ada hak untuk menikmati dividen khas ini, janganlah
menafikan hak rakyat ini...
Ingatlah D.S.Najib.. Jangan permainkan DUIT RAKYAT ini..
Duit ini adalah bukan Duit D.S sendiri ataupun duit UMNO tapi ini
adalah Duit rakyat semua, jadi dengarlah suara rakyat... janganlah
membelanjakan DUIT RAKYAT sesuka hati, fikirkan nasib rakyat
sebelum membuat keputusan atau dasar kerajaan..


Akhir sekali,.. Tunjukkan dan bentangkan akaun perbelanjaan
DUIT PETRONAS kepada rakyat kerana rakyatpun BERHAK TAHU.

by ParangSkeper

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.