Subscribe

sembang sembang :UMNO putar alam

Assalamualaikum..,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,,

Malam semalam ana terserempak dengan seorang kawan ahli PKR yang sama sama bertugas semasa PRU dulu.Seketika kami berbual mengenai isu semasa.dalam berbicara itu,tersentuh isu muzakarah yang baru disiarkan oleh tv 3 suku malam sebelumnya.Lalu kawan ana bertanya ,muzakarah apa cerita ning? baik mu royat kepada orang PAS supaya jangan muzakarah dengan UMNO.Itulah respon serta merta kawan ana yang sebelum itu rancak bercerita pasal ceramah DSAI di kampung Razali kuantan beberapa hari lepas.Kemudian disentuh debat DSAI dan DSC ahli perlimen kemaman yang juga menteri kewangan.

Menyentuh pasal ceramah DSAI di kampung Razali, beliau memberitahu bahawa DSAI ada menyebut DNA DSAI telah diambil pada tahun 1998 dan boleh dipakai seribu tahun lagi pun.Terserlah tujuan sebenar UMNO dan kerajaan Polis mendesak sample DNA DSAI(terbaru desakan yang kononnya datang dari bapa saiful untuk DSAI memberi sample DNA).Katanya,sifirnya mudah sekali kalau nak selesaikan kes.Ambil saja DNA dari badan saiful dan bandingkan dengan profile DNA DSAI yang sedia ada,habis cerita,kes selesai.Tak perlu panjang panjang sehingga lokapkan DSAI.Lalu ana bertanya,apakah mungkin tujuan lokapkan DSAI untuk mendapatkan sample DNA yang mungkin ditinggalkan DSAI di atas lantai lokap tersebut.Jawapnya "mungkin" dan memang sah ada konspirasi.

Kemudian kami berbual pasal debat DSAI-DSC.banyak yang perkatakan dan yang paling menarik ialah timbul dakwaan DSC semasa debat tersebut bahawa harga beras di negara kita lebih murah dari Thailand.Ana bertanya kepadanya "betul ker?". Jawabnya spotan, bohong kerana semua tahu kualiti beras "siam" jauh lebih tinggi dari kualiti beras negara.Kalau dulu beras "siam"ini murah dari beras negara(dengan kualiti yang jauh lebih baik) tak adapun pak menteri buat perbandingan malah ada cerita mengatakan pak menteri dulu dulu makan beras "siam" free kerana pihak UPP mengagihkan beras seludup yang dirampas kepada menteri setiap bulan.Sekarang baru timbul soal beras "siam" lebih mahal dari beras negara.

Akhir sekali muncul bab muzakarah.giliran kawan ana bertanya.apa kebendernya muzakarah ini?Lalu ana jelaskan ianya bermula bila Tok Guru presiden menyatakan kesedian PAS untuk bermuzakarah atas nama ISLAM.Maka muncullah Pak Lah dengan tawaran muzakarah sekaligus mendedahkan sudah 3 pertemuan antara UMNO -PAS diadakan.PAS mengakui ada pertemuan tersebut tetapi dengan jelas menyatakan pertemuan itu dibuat untuk menyatakan kesalahan UMNO yang telah menyebabkan orang melayu Islam terbahagi dua .Turut dinyatakan penipuan sepanjang PRU lalu yang telah memberi kemenangan kepada UMNO. Oleh itu wakil PAS dalam pertemuan itu telah menyeru UMNO agak kembali kepada "petunjuk Islam" sebenarnya. Persoalan parti tidak penting selagi Islam dipegang dan dijunjung,Pertemuan ini bukanlah satu yang pelik sebenarnya kerana setiap pertemuan dilapurkan kepada "majlis syura".

Tetapi biasalah UMNO suka mengambil kesempatan bila terdesak.itulah jadinya.muzakarah tidak timbul langsung dalam pertemuan itu,sebaliknya muzakarah menjadi lagu yang dimainkan UMNO bila sahaja Tok Guru menyatakan PAS sudah lama bersedia bermuzakarah dengan UMNO atas kepentingan umat Islam dan "petunjuk Islam".Tetapi macam biasa UMNO cuma ambil "kepentingan umat Islam tetapi memejamkan mata kepada "petunjuk Islam".Inilah pula yang menimbulkan kekecohan di kalangan pengikut PAS.Tetapi ana kata kepada kawan ana ini,pengikut PAS tidak harus disalahkan kerana bertindak melepaskan geram kepada pemimpin mereka kerana mereka sudah lama "geram" dengan UMNO.Bagaimana PAS nak berbaik dengan UMNO sedangkan sebelum inipun UMNO sudah "cas keting".

Lalu kawan ana berkata 'beritahu orang PAS jangan muzakarah dengan UMNO'.Ana jawab "don't worry be happy" sebab UMNO macam biasa tak akan dengar "petunjuk Islam" sebaliknya mendendangkan perpaduan umat terutama perpaduan melayu jadi sampai matipun PAS tak akan muzakarah dengan UMNO.Tanya lagi kawan ana "kalau UMNO terima petunjuk Islam macam mana".ana jawab "kalau UMNO terima petunjuk Islam maka UMNO akan dibubarkan".Kenapa? soalnya.Lalu ana jawab "sebab UMNO ialah sebuah pertubuhan paragmatis yang berteraskan sekular jadi kalau mereka terima petunjuk Islam secara sendirinya UMNO akan berkubur dan ahlinya akan menyertai PAS"
bagaimana pula PKR? soalnya lagi.Jawapan ana, "yang tu mung kena jawab sendiri sebab mung orang PKR".

Perbualan kami berakhir dengan ketawa sambil berkata UMNO putar alam. "

by Notan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.