Subscribe

Senangnya… Ipar PM Buat Duit

Sudah dua kali aku menulis mengenai penindasan oleh kerajaan dan GLC’s terhadap syarikat SME’s bumiputera. Tulisan-tulisan aku boleh dirujuk pada link dibawah:-
2.  Tan Sri Azman Mokhtar yang BENGAP

Pada dasarnya begitulah nasib usahawan-usahawan Melayu bila berurusan dengan kerajaan bagi mendapatkan projek-projek yang mereka benar-benar mahir mengendalikannya. Merujuk kepada link diatas.

Maklumat terbaru yang aku terima daripada sekelian usahawan-usahawan SME’s ini ialah mengenai satu syarikat yang menjadi orang tengah keatas sebahagian besar projek-projek yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Ini amat menghairankan, kenapa perlu ada orang tengah pula bagi menguruskan pembekalan dan perkhidmatan kepada kementerian? Sedangkan selama ini, mana-mana jabatan, agensi-agensi dan kementerian-kementerian berurusan terus dengan pihak pembekal dan kontraktor. Kenapa mesti ada pihak ketiga?

Dikatakan, syarikat IKS / SME ini yang telah ditawarkan kontrak terpaksa membuat tawaran harga melalui sebuah syarikat yang bernama Central Management Catalogue Agency Sdn Bhd (CMCA). Syarikat CMCA ini pula akan membuat tawaran yang baru kepada Kementerian Kewangan dengan harga yang lebih tinggi. Margin atau pendapatan daripada perbezaan harga tadi dinikmati oleh CMCA tanpa mengerah keringat sedikit pun.

Disini apa yang dipertikaikan oleh syarikat IKS Melayu yang mendapat kerja daripada kementerian terpaksa bertungkus-lumus siang malam untuk menyiapkan kerja masing-masing. Manakala, setelah kerja-kerja telah disiapkan terpaksa pula syarikat ini membuat tindakan susulan beberapa kali ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran. Satu-satu tuntutan tidak hanya memadai dengan satu perjalanan sahaja, tetapi dengan beberapa trip yang tidak sepatutnya berlaku. Kelewatan pembayaran dan beberapa kali tindakan susulan ini amat merugikan syarikat IKS yang terlibat. Dengan keuntungan yang diambil hanyalah cukup-cukup makan, semacam tiada pilihan lain bagi syarikat IKS Melayu ini.

Manakala, bagi sebuah syarikat seperti CMCA yang tidak merasa penat jerih, senang-senang membuat keuntungan dan menghimpun kekayaan. Kebanyakkan syarikat IKS terpaksa melobi dan memberi penerangan kesana-kesini untuk mendapatkan sesuatu projek. Begitu banyak kos telah dihabiskan untuk memastikan projek dalam gengaman. Di penghujung hari, hanya syarikat kaum kerabat juga merasai kesenangan dan kemewahan tanpa bersusah payah sedikit pun.

Isu yang ingin aku bangkitkan di sini, mengapa mesti syarikat IKS Melayu ini terpaksa melalui CMCA, kenapa tidak terus kepada pihak kementerian? Perkara yang paling menghairankan ialah kontrak diberi terus kepada syarikat IKS daripada kementerian, tetapi kenapa CMCA dibenarkan membuat tawaran kedua yang lebih tinggi harganya? Mengapa dan kenapa? Sindrom CMCA ini juga seakan menjangkiti Kementerian Kesihatan kini. Monopoli..monopoli… monopoli…

Setelah disiasat dan diselidiki oleh golongan usahawan yang terlibat maka dapatlah kita mengetahui jawapan yang sebenarnya. Untuk makluman semua, pemegang syer yang terbesar dalam CMCA ini ialah Pelasari Sdn Bhd. Dikatakan Pelasari memegang sebanyak 85% saham dalam CMCA. Kenalkah sidang pembaca kepada Dato’ Haji Mahamad Fathil bin Dato’ Mahmood? Dia (tak layak digelar beliau) merupakan pemilik syarikat Pelasari dan abang ipar kepada PM.

Kesimpulannya, semua tindak tanduk yang berlaku dalam Kementerian Kewangan disedari oleh PM ( nak sebut nama pun jijik rasanye). Tak mungkin CMCA dapat mengawal segala tawaran daripada IKS tanpa persetujuan dan kebenaran PM. Kenapa syarikat yang ada hubungkait dengan PM diberi segala kemudahan dan faedah yang berlipat kali ganda sedangkan syarikat IKS terpaksa menitis keringat dan airmata untuk mendapatkan satu-satu kontrak hanya sekadar untuk terus hidup dan kekal dalam industri.

Ini aku belum mahu cerita tentang hutang-hutang yang dihadapi oleh IKS Melayu. Seperti dikejar oleh bank, KWSP dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Kita bincang dalam penulisan yang lain pula.

Pendek kata, kerajaan yang telah 50 tahun memerintah. UMNO dan BN sememangnya pembela Melayu yang sejati. Sekalung tahniah kepada pengundi-pengundi mereka.

Mungkin beberapa tahun lagi negara kita Malaysial akan bertukar kepada Malayhaprak pula. Inilah pemimpin UMNO terdahulu bukankah Tanah Melayu sudah cantik namanya. Kalau nak ubah sekalipun tukarlah kepada Malayland seperti Thailand, England, Deutcland dan lain-lain negara lagi. Ini tidak sentiasa mengucapkan kata nista kepada Melayu…… Malay Sial…..

Wassalam

by MoSE

2 comments:

Anonymous said...

hi,
saya cuma memberi pendapat berkaitan isu ini,
sebab yang saya tahu CMCA ditubuhkahkan untuk membantu usahawan bumiputera di mana usahawan CMCA akan menjadi pihak kedua sebelum sampai kepada kementerian, mungkin ini akan menaikkan harga tersebut,
tetapi dari pihak usahawan tersebut pihak CMCA akan membayar dalam bentuk term 30 hari payment selepas lengkap tanpa menyusahkan pihak usahawan bumiputera. saya tak rasa itu akan menyusahkan pihak usahawan, pihak CMCA akan menunggu pembayaran dari kementerian diantara sebulan sehingga entah berapa lama,
pihak cmca hanya menanggung bebanan kredit dari pihak kementerian
cuba kita fikir tentang harga barangan yang dibeli dengan tunai dan kredit berapa jauh bezanya, begitu juga dengan cmca dimana usahawan bumiputera akan dapat kembali nilai yang telah dilaburkan bersama keuntungan untuk sesuatu kelengkapan dengan lebih cepat, dan lebih mudah untuk membuat modal pusingan.

Anonymous said...

assalamualaikum.

saya terpanggil untuk memberi pendapat setelah membaca artikel ini.terlalu prejudis.jika anda tahu apa matlamat kementerian kewangan malaysia dan pihak cmca,pastinya anda akan sujud bersyukur kehadrat ilahi.betapa murninya niat cmca dan kementerian kewangan untuk menaikkan dan menolong syarikat bumiputra kecil seperti saya ini.sekian terima kasih

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.