Subscribe

SHABERY MESTI LETAK JAWATAN, SURVEY MALAYSIAKINI JADI JUSTIFIKASINYA

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mesti meletakkan jawatannya serta merta bagi menunaikan janjinya untuk berbuat demikian jika beliau gagal dalam debatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas Shabery gagal menerangkan dengan jelas rasional mengapa kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak iaitu kira-kira 41 % awal Jun lalu. Sebaliknya Anwar berjaya meyakinkan pendengar bahawa cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen adalah logik dan boleh diterimapakai.

Anwar mengemukakan fakta yang jelas bahawa penurunan harga minyak sebanyak 50 sen hanya memerlukan belanja sebanyak RM5 bilion sahaja dan ini boleh diambil dari wang sumbangan Petronas kepada kerajaan sebanyak RM1bilion; langkah berjimat cermat dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dalam projek-projek kerajaan dan dari sumber lain. cadangan Anwar ini diperkukuhkan lagi dengan kadar keuntungan Petronas yang terus meningkat di mana keuntungan Petronas untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2008 menunjukkan Petronas memperolehi sebanyak RM61 bilion.

"Mengapa kerajaan begitu senang membantu syarikat-syarikat asing dengan menggunakan istilah insentif, mengapa kerajaan begitu mudah membantu syarikat-syarikat tempatan yang 'sakit' dengan istilah 'bail out' , jumlah insentif dan 'bail out' ini adalah berbilion-bilion ringgit, tetapi pada masa sama begitu payah untuk membantu rakyat bagi mengurangkan harga minyak. Malah istilah subsidi yang digunakan untuk mengurangkan harga minyak cukup negatif dan saya tidak bersetuju dengan istilah ini" soal Anwar dan ianya gagal di jawab oleh Shabery dengan meyakinkan.

Selain itu Shabery juga gagal memberikan fakta yang meyakinkan malah soalan dari wakil Anwar iaitu Zulkifli Sulong yang bertanyakan kemana perginya wang yang diambil dari pengurangan subsidi minyak sebelum ini, juga gagal di jawab oleh Shabery. Sebaliknya beliau banyak bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan dengan soalan.

Malah tinjauan selama 12 jam Portal Media Internet, Malaysiakini yang dimulakan sebaik sahaja perdebatan selesai mendapati daripada 18,684 pembaca yang menyertai tinjauan pendapat tersebut, 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan. Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Maka tidak syak lagi Shabery jelas gagal dalam misinya untuk menerangkan rasional kenaikan harga minyak dan beliau semesti meletakkan jawatannya sebagai Menteri Penerangan serta merta. Jangan berdalih lagi atau jangan memberikan alasan bahawa kedudukannya hanya ditentukan oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan semalam ketika ditemubual oleh media. Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti meletakkan jawatan serta merta.

by : SIAPA INSAN KERDIL INI


18 comments:

lovemalaysia said...

SETUJU 100% PEGANG PADA CAKAP MU SHABERY!!!

lovemalaysia said...

NO MORE EXCUSES IF YOU ARE A GENTLEMEN SHABERY!!! WE ARE NOT STUPID..

pehhh said...

as per yang di janjikan sila letak jawatan anda...jgn hanya omong kosong..jgn hanya pandai menuduh orang sebar fitnah...skang ko dah terlajak mulut jd sila letak jawatan seperti ape yang ko janjikan dulu shabery...kang bebuih mulut tu kang...hahahha

Anonymous said...

Dia telah menghancurkan dirinya sendiri dengan debat yg sememangnya memihak pada parti pembangkang dan dia sebenarnya tidak ada tandingan dgn DSAI yang jauh lebih berpengalaman dari segi pengetahuan dan punya public speaking yg professional. kepada Shabery its a good try and learn more from DSAI.

Anonymous said...

People's Power will prevail.

Panglima Perang Cyber said...

Tidak perlu kerana Shabery mengotakan janjinya membuat debat terbuka...

memecah kebuntuan dan membuka era perubahan.

Mahu Shabery diganti = Mahu ke alam gelap kembali

Anonymous said...

nama ja menteri penerangan....tapi hampeh bila menerangkan..............

Anonymous said...

kami sudah bosan,muak,jemu,menyampah, meluat dengn idea2 YB2 BN memperbodhkan rakyat....BOSAN!!!!

MOHD SHARMIZAL said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

MINYAK NAIK..!!! Relax...
Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang!
Kenaikan HARGA MINYAK tidak boleh dibendung lagi...
Semua rakyat merasa bahang kenaikan bahan api ini.
Mari kita mula BERJIMAT sambil menjana pendapatan.

Dengan Modal Mula RM 50,
Anda mampu menjana pendapatan Sampingan sehingga RM 97,000.00!

Perniagaan ini sungguh MUDAH. Kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990 ) TIME TUN DR MAHATHIR
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

TIME DOLLAH BEDAWI
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .
Saudara / Saudari,
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.
Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom.. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai 'AP King'. Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.
Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.
Malaysia Boleh!!!!
Sekian. Salam.
* Tolong hantarkan informasi ini kepada kawan kawan yang anda kenali. Tolong print dan sebarkan kerana hanya 1% penduduk Malaysia yg celik IT.... 99% memerlukan informasi ini sebagai langkah pertama untuk transformasi negara.... Sedarlah sudah 50 tahun kemerdekaan negara kita, tapi kita masih di takuk lama.... HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!
Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?
Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ?
Yang penting sekali, bukan setakat bayar sahaja, manakala nak bayar sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?........... .


Terima kasih
---
MOHD SHARMIZAL
Layari http://www.RebetMinyak.com/sharmizal

Anonymous said...

INI LAH MASAALAH NYA..APA BILA SEBELUM PERDEBATAN DAH PASANG NIAT NAK MENGAIB KAN ORANG LAIN..NAWAITU AWAL2 DAH TAK BETUL...SEBAB TU LAIN ORANG TANYA LAIN DI JAWAB...TOPIK YANG SEHARUSNYA MENJURUS KE PERSOALAN POKOK ENTAH KEMANA PERGI...LAIN KALI PREPARE LAH YB SHABERY SO YOU WILL NEVER LOOK STUDIP INFRONT OF PUBLIC.TAK APA LAH TERE IS ALWAYS A FIRST TIME.. SO IN FUTURE PREPARE YOURSELF.

Anonymous said...

Anwar tetap mendapat simpati rakyat kerana berjuang untuk rakyat..

mohd laji said...

kalau mu kata sabery chik menang makna nya mu bodooooooooooooh

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah Jalan yg betul kepada mereka2 yg semakin lupa akan diriMu ....Sesungguhnya hanya Engkau yg maha mengetahui...Selamatkan kami dan anak cucu kami dari cengkaman pemerintah yg semakin membelakangkanMu ya Allah...

lovemalaysia said...

Mohd Shamizal's notes are very impressive and true logic.....thanks for your sharing with all of us.

wasami said...

PLEASE PASS THIS INFORMATION TO ALL YOUR RELATIVES AND FRIENDS.
KEEP PASSING IT UNTIL A NEW GOVERNMENT TAKES OVER THE COUNTRY. CHEERS!!!!!


Here's ANOTHER Reason NON-Malays Should NOT Vote UMNO in Any Future General Elections and Bye-Elections
Thursday, June 05, 2008
16:39

Read here from M'sians Unplugged .....
Average Non-Malay Malaysians and NON-Malay Bumiputras have LITTLE future for their children and their grandchildren IF they still vote Barisan Nasional which allows UMNO to remain in Government - it was before, it is today, and it will be tomorrow.

'Last month, Umno Johor said that the greatest mistake they made was in giving the non-Malay immigrants citizenship in August 1957. Now that they have been given citizenship they show their ingratitude by voting for the opposition.
Yes, non-Malays, even those born in Malaysia, are immigrants. And, being immigrants, they must vote Barisan Nasional. And if they do not vote for Barisan Nasional then they are ungrateful.

Yes, voting is your right. This is your right according to the Federal Constitution of Malaysia. Malays can vote for whomsoever they would like to vote for because the Constitution allows them to do so. Malays, therefore, can vote for the opposition.
But, if you are non-Malay, then you must vote for Barisan Nasional because you are an immigrant. If you vote for the opposition then you are a traitor, you are ungrateful, and it was a great mistake giving you citizenship in 1957.

Tun Dr Mahathir's father was born in INDIA. But Tun Dr Mahathir can vote opposition. He can even oppose Umno like he is doing so now. In fact, he can even become the Prime Minister. He is not an ungrateful immigrant who should be sent back to India.
Tian Chua, however, can't oppose Umno. Tian Chua, whose family settled in Malaya long before the Portuguese came in 1511, is an immigrant. And if he is not happy and if he opposes Umno then he should go back to China.
And Umno Johor regrets giving Tian Chua citizenship in 1957 but does not regret giving Tun Dr Mahathir citizenship.

Why? Because Tun Dr Mahathir is Muslim while Tian Chua is not.
But if Tian Chua circumcises and takes on the Muslim name of Musa Bin Susah and marries a Malay woman, then he need not go back to China and Umno does not regret giving him citizenship in 1957.

The Malays have a very warped view of justice. Malays practice two standards of justice.
There is one standard for the Malays and another for the non-Malays.
And 90% of the tax is paid by the NON-Malays and 10% by the Malays, says Tun Dr Mahathir.
But 10% of the scholarships must go to the NON-Malays and 90% to the Malays.
And when they propose to change this to 40% for the non-Malays and 60% for the Malays, the Malays raise a hue and cry.
And they call this justice. And they say Islam is about justice.'

lovemalaysia said...

Wasami has a good shot too, great thanks!

Bro Tan said...

Kerajaan BN telah membantu kroni-kroni berbillion billion tetapi 1 atau 2 billion untuk membantu rakyat menghadapi kerumitan kenaikan harga pun tak boleh!!!! DSAI memang pembela nasib rakyat manakala BN pembela kroni-kroni.

M.A.H.A.T.H.I.R said...

SUMPAH MAHATHIR
M = MAKE
A = ANWAR
H = HOMOSEKSUAL
A = AND
T = THEN
H = HIGHLIGHT
I = IT
R = REPEATLY (1998,2008)

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.