Subscribe

SIAPA PAKSA SIAPA??

Dalam kes terbaru, Bala cuba menarik balik kenyataan Akuan Bersumpah yang telah dibuat olehnya berhubung dakwaan penglibatan Najib dengan pembunuhan kes Altantuya pada 1 Julai lalu dan mendakwa bahawa beliau dipaksa untuk berbuat demikian. Maka timbul persoalan di benak, siapa yang memaksa beliau untuk berbuat demikian?

Sivarasa Rasiah yang juga seorang peguam cuba mempersoalkan perkara tersebut. Siapa yang ada kepentingan untuk memaksa Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya semalam? Ada kuasakah Anwar untuk berbuat demikian ?? Adakah die Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri?

Dalam hal ini siapa yang lagi ada kuasa?Adakah logik Anwar Ibrahim yang tidak ada sebarang kuasa di Malaysia ini untuk berbuat demikian? Persoalan lain timbul, selayaknya yang memaksa adalah mereka yang berkuasa.. Siapa ?? Najib ??

Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.

Sebelum ini,Bala memintanya membantu menyediakan satu kertas formal yang mengandungi beberapa bukti yang tidak dikemukakan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya.

"Saya memulakan proses tersebut kira-kira dua minggu selepas itu. Saya bertemu dengannya beberapa kali di mana saya menulis apa yang Bala beritahu saya.

"Saya tidak ada sebab untuk meragui apabila Bala beritahu saya kecuali yang benar belaka dan peranan saya ialah mendengar apa yang hendak diceritakannya, merakamnya, dan menuliskannya ke dalam akuan berkanun dalam format yang komprehensif dan sistematik," katanya.

Menurut Americk, akuan berkanunnya telah diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Dr T Yokheswarem di mana beliau (Americk) dan Bala turut hadir.

"Kandungan akuan berkanun itu dibaca di hadapan pesuruhjaya sumpah tersebut yang bertanya kepada Bala sama ada beliau faham kandungannya dan sama ada ia adalah akuannya.

Aduhai..Anwar dan Mohd Najib boleh saling tuduh menuduh, berkomplot dan berkonspirasi. Abdullah pula boleh berasa lega dan selesa kerana percakaran Mohd Najib dan Anwar memperkukuhkan kedudukannya.

Apakah kedudukan negara dan rakyat jelata selamat, aman dan makmur seperti yang dijanjikan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu?


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.