Subscribe

Usul Undi Tidak Percaya Tidak Berjaya

Seperti apa yang telah dijangkakan, usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh Datin Seri Azizah Ismail ditolak oleh Pangdikar Amin. Ini adalah kali kedua usul undi tidak percaya telah ditolak di Parlimen.Ternyata usul undi tidak percaya diharamkan sama sekali di Parlimen.

Inilah realitinya.

PakLah sebenarnya kecut perut dengan usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini. Usul ini sekaligus boleh meranapkan cita-citanya untuk terus kekal hingga menjelang 2010. Siapa tahu, dengan usul undi tidak percaya ini maka tangan2 yang selama ini berdiam diri dan bertepuk tangan dengan segala keputusan PakLah, bersetuju agar Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Justeru PakLah tidak mahu dia "dipecat" dalam keadaan hina oleh partinya sendiri dan tangan majoriti ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Maka tidak hairanlah sekiranya usul ini ditentang lebih awal dengan apa cara sekalipun. Apapun, syabas kepada Pakatan Rakyat kerana berusaha untuk merealisasikan usul ini walau tidak berjaya. Tidak perlulah kita membincangkan kewajaran tindakan ahli parlimen pimpinan Pakatan Rakyat memboikot sidang parlimen. Biarkanlah, sekurang-kurangnya rakyat menyedari bahawa amalan kebebasan berdemokrasi bukan sahaja di sekat diluar, malah dalam Parlimen. Inilah Parlimen Malaysia yang sebenarnya

.


by Farhan Shah

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.