Subscribe

Zaid Ibrahim Letak Jawatan? Dacing kepada Bulan Sabit.

"Assalamu'alaikum...

Zaid Ibrahim, peguam kontroversi yang sebelum ini menyaman kerajaan PAS kelantan berkenaan dengan pelaksanaan hudud khabarnya dah letak jawatan...

Rasanya kalangan pemimpin-pemimpin UMNO pun dah ramai yang tau hal ni tapi masing-masing ambil sikap zip mulut...yang dapat aku confirmkan ialah surat perletakkan jawatan dah dihantar ke PM Pak Lah bertarikh 7hb.julai,2008...

Sebab-sebab perletakkan jawatan - tekanan dari akar umbi dari dalam UMNO sendiri yang banyak tak bersetuju & bertelingkah pendapat dengan Zaid & antara yang hangat diperkatakan ialah berkenaan dengan kenyataan Zaid Ibrahim dalam 1 forum bertajuk “Dasar Ekonomi Baru: Eratkan hubungan ethnik atau sebaliknya” anjuran Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional, Majlis Peguam (NYLC) dengan kerjasama Youth For Change (Y4C) dan Humanity Library, Persatuan Bahasa Tionghua Alumni Universiti Sains Malaysia.

Sebenarnya forum tu dah lama dah berlangsung tarikhnya 25hb.Januari,2007 ( yang dihadiri Zaid ) & anatara kenyataan Zaid yang menjadi sebab musabab pertelingkahannya dengan orang-orang UMNO ialah “Polisi-polisi ‘racist’ mesti dihapuskan, tetapi polisi-polisi yang bertujuan menolong sesuatu kaum, untuk tujuan dan masa tertentu boleh disokong”...

Aku tak nak komen banyak la pasal kenyataan Zaid tu sebab artikel aku ni bukan nak bincang pasal tu pun...yang aku nak bagitau ialah - Zaid Ibrahim dah letak jawatan...tu je...

untuk rujukan forum tersebut klik sini :
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Pertama
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-2
Siri Pemikiran Kritis (Segmen Pertama), Sessi Ke-3

Apa yang diberitahu pada aku ialah, rata-rata ahli UMNO memang tak sebulu dengan Zaid bertitik tolak dari kenyataannya dalam forum tu tapi dari side Pak Lah lain pulak ceritanya...dalam erti kata lain Pak Lah masih perlukan Zaid dalam barisan Kabinetnya...

Yang menarik lagi ialah, khabarnya Zaid Ibrahim dalam rangka proses untuk bertukar dari dacing kepada bulan sabit dalam masa terdekat-terdekat ni...perbincangan pertukaran simbol dah diadakan lama dulu iaitu malam 6hb.March lagi...individu yang buat mula-mula buat offer polak...dot dot dot...org kampung aku jugak ( Kelantan ) tak dapat la nak bagi tau...

Erm...lepas ni tunggu je lah...makin ramai bertukar lambang politik, agaknya impian untuk bentuk kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan mungkin akan jadi kenyataan Insya Allah...

Tunggulah perkembangan seterusnya...

lawat ( jangan liwat ) Perisik Rakyat


by Topeng_Perak

1 comment:

tamupulaumelaka said...

patut le senyap satu macam aje tok zaid tu. tapi setahu ana beliau memang punya prinsip yg tegas. takkan tak biasa dgn telatah beliau yg jantan dan pakar U2 tu. dia pernah dihukum oleh partinya dulu kan???.
ana tabik tok zaid.

ataupun takkanlah sbb TGNA pernah dijemput kenduri di rumah beliau, TGNA hadir; pun diambil kira.takkan bos di 4th floor putra jaya naik murka.

lepas tok zaid sampaikan ex-gratia kpd yg arif tok2 hakim tanpa nyatakan RMberapa? suara dan kelibat beliau tak kedengaran/kelihatan. ngapa ya??

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.