Subscribe

16 sept. sudah mula menjadi fobia kepada UMNO

Assalamualaikum,,..

Penangan DSAI sudah mula terasa.16 sept semakin menjadi bualan di kalangan MP dan pemimpin BN/UMNO.Masing masing kelihatan bersunggguh untuk menafikan akan berlaku penghijrahan yang bakal menghancurkan BN/UMNO itu.Berbagai bagai kenyataan boleh di dengar sehari dua ini yang menunjukkan bahawa BN/UMNO mula terasa bahang 16 sept serta menjadi semakin fobia kepada tarikh itu.

Ali Rustam,antara yang awal berbunyi dengan serangan peribadi kepada DSAI serta berbohong dengan kenyataan 2 buah bas hantu yang ditahan di PP.Ali Rustam bersungguh sungguh mengecam DSAI dan bersungguh sungguh mengatakan MP BN/UMNO tidak akan berhijrah.Bukti bagaimana Ali Rustam sedang meroyan dan semakin fobia dengan tarikh 16 sept.

Kenyataan seorang MP Serawak bahawa Serawak ialah bumi kenyalan bukan bumi katak merupakan satu lagi kenyataan betapa takut dan fobianya BN/UMNO dengan tarikh 16 sept itu.

Selain itu berbagai bagai lagi usaha untuk menghalang berlakunya 16 sept.Semasa PRK PP ikrar tidak akan melompat dari semua MP pemuda BN telah dibuat dan terbaru satu akujanji yang serupa akan diambil dari semua MP BN.Demikian seriusnya 16 sept dan seriusnya kebimbangan BN/UMNO akan kebenaran berlakunya penghijrahan beramai ramai MP pada tarikh tersebut.Sekaligus menunjukkan kehebatan penangan DSAI walaupun beliau cuba dimatikan sedaya upaya oleh UMNO.

Ketakutan dan fobia ini telah dimainkan oleh LKS dan YB Zul,di mana pada hari pertama DSAI di Parlimen,kedua dua mereka mengeluarkan kenyataan yang menggerunkan BN/UMNO berkaitan penghijrahan ini.Selepas ini kita mungkin akan menyaksikan lebih ramai lagi pemimpin BN/UMNO akan mengeluarkan kenyataan dan bersungguh sungguh mengumpulkan para MP mereka dari terlibat dengan penghijrahan ini.

16 sept ialah tarikh yang dinyatakan oleh DSAI sejak awal lagi.Dan sehingga hari ini DSAI tetap tegas dengan pendirian itu.16 sept ialah tarikh terakhir kepada kemungkinan penghijrahan ini,bermakna penghijrahan boleh berlaku lebih awal dari tarikh itu.Tetapi pemimpin BN/UMNO terus fobia dengan tarikh 16 sept. ini."

by Ning





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.