Subscribe

Adakah Anwar akan BERJAYA??

Semalam kita telah dimaklumkan dengan beberapa perkara penting di bawah:
1.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh.
2.Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

3.Tokoh PKR (Anwar Ibrahim) akan ditahan 'dalam 48 jam'.

Perkara-perkara diatas sememangnya menarik perhatian kita semua. Bahkan semua orang sudah mula membuat andaian masing-masing. Disini ingin saya membincangkan tentang kemungkinan atau "possibility" Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan berjaya dalam segala perkara yang telah dirancangkannya.

Saya mulakan dengan perkara pertama diatas. Presiden PKR telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut. Menurut SPR Pilihan Raya Kecil akan diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, atau peletakan jawatan seorang ahli parlimen. Seperti yang kita ketahui, DSAI telah berjanji akan berusaha untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September. Usaha ini telah cuba dihalang oleh pihak tertentu untuk menggagalkan usaha DSAI untuk membentuk kerajaan. Memang semua orang telah mengagak bahawa kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan untuk memberi peluang kepada DSAI untuk kembali ke parlimen. Adakah beliau akan BERAJAYA??

Kita juga telah diberitakan tentang siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan. Ini adalah satu berita yang tidak menyenangkan hati DSAI. Ketua penerangan PKR, Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat. Adakah plot drama yang telah berlaku sepuluh tahun lalu akan berulang kembali? Jika plot drama ini berulang, maknanya DSAI akan menghadapi kesusahan jika beliau disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari yang sekarang dibawah jagaan Polis. DSAI sendiri mengakui pergerakannya sekarang sedang "dipantau dengan teliti" oleh polis. Ini menunjukkan beliau hanya menunggu masa sahaja untuk ditahan dan didakwa nanti.

Apakah akan berlaku selepas ini? Hanya ada 2 kemungkinan sahaja

1. DSAI akan ditahan oleh polis, didakwa, dijatuhkan kesalahan, dipenjara. Maka leburlah impian beliau untuk memerintah negara.

2. DSAI akan dibicarakan, terlepas tuduhan, bertanding pilihanraya Permatang Pauh, menang, masuk Parlimen dan seterusnya membentuk Kerajaan Baru.

Sama-sama lah kita menunggu apa akan terjadi selepas ini.. Wallahualam..

by Aznan Ismail

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.