Subscribe

Anwar bakal dilondeh!?

"Langkah bergaya Dato’ Sri Anwar dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya jaya maju setapak lagi.Pakatan Rakyat terus mengasak dan BN semakin terhimpit kedinding kuasa yang kian goyah.Dominasi mereka dalam pemerintahan negara makin tercabar.

Pengumuman Dr Wan Azizah yang meletakkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan kesanggupan Anwar untuk bertanding mempertahankan kerusi ini nanti bakal menyaksikan satu pertempuran sengit antara kebenaran(yang berjuang untuk kepentingan negara serta rakyat) dan kebatilan ( yang gigih mencari jalan untuk mengekalkan kuasa dan memperbodohkan rakyat).

Bersediakah lagi Dato’ Seri Anwar untuk dilondehkan untuk kesekian kalinya?Al-maklumlah media samasekali tidak akan memihak kepadanya kini.Gerak-gerinya akan dipertikai dan cakapnya pula hanya dianggap angan-angan mat jenin!Tidak mustahil lebih banyak buruk Anwar akan diheboh.Benar atau tidak itu perkara kedua, yang pentingnya Pakatan rakyat tidak akan sekali-kali diberi ruang mudah untuk berkuasa.

Projek!? Itu senjata paling ampuh dan agak berkesan dalam meneutralkan asakan penbangkang.Perancangan demi perancangan,pecah tanah dan bajet tambahan antara lagu yang pasti diperdengarkan kepada rakyat Permatang Pauh khususnya.Itu sudah menjadi umpan `WAJIB’ dan sinonim di mata kail BN.

Andai Anwar dan Pakatan Rakyat menang itu akan memberikan impak besar sekali lagi kepada politik tanah air.Rakyat barangkali akan lebih yakin dengan kemampuan pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya.Sementara kekalahan BN pula akan menunjukkan populariti mereka memang sudah menurun dan kebangkitan rakyat dalam PRU 12 yang lalu bukanlah secara kebetulan.

PM,Pak Lah menafikan ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui jalan demokrasi.(demokrasi?)Dalam keadaan pembangkang menghadapi pilihan raya dengan penuh tekanan dan sekatan serta rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pakatan Rakyat Pak Lah masih boleh berbangga dengan demokrasinya!Setakat ini pihak pembangkang terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan Malaysia dan bukan berhadapan dengan BN UMNO sahaja.Radio,TV,bangunan,padang,pengangkutan dan lain-lain kemudahan awam digunakan sewenang-wengang seolah-olah milik parti mereka!Itulah antara yang tidak kena dengan demokrasi tempang ala-BN.Rakyat sudah pasti berusaha untuk menukar sebuah kerajaan yang pincang sebegini dengan sebuah kerajaan yang adil,berhemah,amanah dan mengutamakan kebajikan rakyat!.Begitulah hendaknya.

http://pemudamuadzam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.