Subscribe

Anwar jadi PM ikut pintu belakang?

Rasanya tidak perlu mempertikaikan dari segi moral dan kredibiliti. Tidak perlu cakap Parlimen akan tercemar dengan penubuhan kerajaan melalui cara ini. Dan tak perlu menuduh rakyat menganggap Badan Eksekutif dan Penggubal Undang-undang sebagai institusi yang kehilangan integriti. Rakyat tidak akan sesekali menganggap sedemikian.

Anwar bukan menyogok wakil rakyat BN untuk masuk dalam Pakatan Rakyat. Tiada wang tiada ganjaran. Tidak ada yang salahnya. Dan wakil rakyat BN yang berminat menyertai Pakatan Rakyat tidak boleh dituduh sebagai pemimpin yang memecahkan kepercayaan,amanah rakyat dan sekaligus dianggap pengkhianat. Fahami congak ini, “kalau rakyat sendiri pun sudah tidak mampu menerima kerajaan Barisan Nasional,inikan pula pemimpin daripada parti itu sendiri”. Mereka bukan mahu berpindah atas dasar kepentingan diri semata-mata. Mereka merasakan Kerajaan BN sekarang tidak mampu lagi menguruskan masalah rakyat yang semakin hari semakin menambahkan lagi tekanan dan bebanan kepada rakyat. Ayat “cccanteekkk punyaaaa” yang selalu digunakan sebagai pujukan,” Belajarlah mengerti dan menerima” walhal mereka sendiri yang tidak pernah mengerti masalah rakyat Hanya wakil rakyat yang bertanggungjawab mengerti apa itu maksud amanah dan kepercayaan rakyat dalam erti kata yang sebenar.


Fahamilah suara rakyat. Kita sebenarnya tidak mahukan lagi kerajaan BN memerintah Malaysia. Kami sudah serik. Kalau ditanya pengundi dahulu yang mengundi BN semasa PRU12 pun sudah tentu mereka menjawab bahawa mereka menyesal mengundi Barisan Nasional. Rakyat sudah faham, sememangnya kerajaan BN tidak mampu membela nasib rakyat Malaysia. Dan rakyat dengan redha dan senang hati, sekiranya tapuk pimpinan bertukar kepada Pakatan Rakyat. Dan sememangnya ini yang rakyat mahukan.

Maka tidak timbul tindakan Anwar Ibrahim yang terus berkempen saban hari bahawa Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat sebagai satu taktik kotor masuk ke Putrajaya melalui pintu belakang.Tidak timbul perbuatan wakil rakyat yang akan “berpindah” ke parti Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat. Dan tidak timbul kabinet yang ditubuhkan melalui cara ini sebagai tidak berkredibiliti. Ini bukan langkah menggulingkan kerajaan yang ada, tapi ini adalah langkah untuk “menukar” kerajaan yang sudah bobrok rosak kepada kerajaan yang betul-betul membela nasib rakyat.

by Farhan Shah


No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.