Subscribe

Apa Kata Ezam?

Saya sebenarnya simpati dengan Ezam. Dia mungkin terdesak dan tersepit sekarang ni. Antara nak menunjukkan kesetiaannya dengan BN dan malu dengan perbuatannya menyerang pemimpin BN selama ni.

Terbaru Ezam mengajak rakan-rakan ahli PAS berfikir dan mengenang kembali apa yang telah dibuat oleh DS Anwar Ibrahim kepada PAS ketika beliau di dalam BN dahulu. Kata Ezam, DS Anwar telah menyerang PAS bertubi-tubi tetapi kini meminta pertolongan daripada PAS.

Ezam meminta PAS jangan mudah tertipu dengan DSAI. DSAI dahulu katanya pernah menggelarkan PAS sebagai pelaku sarkas? Saya tak ingat sangat ungkapan ezam tadi kat tv3 tadi.

Tapi sebelum ezam menyuruh ahli-ahli PAS berfikir, baiklah kita ingatkan beliau bahawa maaf memaafkan itu perlu. Tak perlulah nak ungkit benda-benda yang lepas tu kalau ahli dan pemimpin PAS sudah lama memaafkan DS Anwar.

Lagi satu, Ezam pun patut ingat kembali segala maki hamun, cercaan, kutukan dan laporan polis yang pernah dibuatnya terhadap pemimpin UMNO dahulu. Mulutnya juga pernah berbuih-buih mencaci parti UMNO.

Jadi apakah yang lebih utama sekarang untuk Ezam? Menyuruh ahli PAS berfikir dan mempersoalkan DSAI suatu ketika dahulu dan sekarang ataupun mempersoalkan segala kutukan dan makiannya kepada pemimpin dan parti UMNO dahulu dan sekarang? Mana-manalah. Tabik kepada Ezam kerana keluar tv3 setiap hari!!!

http://videoreformasi.blogspot.com/2008/08/apa-kata-ezam.html
(Beberapa jam sebelum mengundi)
By : VideoReformasi







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.