Subscribe

APA MOTIF SYED HAMID BERSUNGGUH-SUNGGUH PERTAHAN SAIFUL ~ Ref Malaysiakini

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam mempertikaikan pendakwaan ke atasnya. Beliau mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik."(Pertuduhan) ini fitnah khianat.", soalnya dengan tegas semalam di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Lantas persoalan Anwar ini dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang menyatakan bahawa Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku? "Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," kata anak Jaafar Albar ini kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Persoalannya sekarang mengapa Med Albar begitu beriya-iya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Anwar. Ada apa-apa ke Med? Jangan engkau timbulkan prasangka orang ramai kepada engkau Med!!! Saya cadangkan Med balik Kota Tinggi pergi kempen di cawangan-cawangan supaya calonkan Med untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi sebab khabarnya Med kurang mendapat sokongan Umno cawangan.
Malah ada cawangan-cawangan di sana yang bergaduh, lebih baik Med damaikan mereka dan pastikan ahli-ahli Umno Bahagian Med bermesyuarat secara bertamadun.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya.

by Mutaligat




4 comments:

Anonymous said...

Kener la di pertahankan. Saifool tu kan budak kerajaan BN. Kalau ikut logic med, kalau aku rompak bank dgn member aku, then aku buat laporan polis.. kirer aku tak yah la kener dakwa. Dapat layanan VIP and police protection lagi. Med oo med.. ko tak pikir dulu ker sebelum ko bukak mulut ko tu med oooiii!!

Nostradamus said...

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

chong said...

kanunnya i dan member i pukul si botak, kemudian i lapor member i kepada polis, i akan dilindungi dan diberi makanan, tempat berlindung dan 'allowance' yang sungguh lumayan.

otak si botak masih belum digunakan lagi. kasih.

as.Nizam said...

Majlis Ttemu Mata Anok Kelate dengan YB Tok Guru Menteri Besar Kelantan dan pimpinan Negeri Aug 7, '08 3:18 AM
for everyone
Start: Aug 23, '08
Location: STADIUM BANDAR BARU BANGI ( KOMPLEKS SUKAN SEK 15 ) - BERHAMPIRAN ILKAP

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Anak Kelantan Perantauan ke Majlis Ttemu Mata Anok Kelate dengan YB Tok Guru Menteri Besar Kelantan dan pimpinan Negeri. Matlumat Majilis seperti berikut :

Tarikh : 23rd AUGUST 2008 Hari SABTU mlm AHAD
Masa : Jam 8:30 MLM
Tempat : STADIUM BANDAR BARU BANGI ( KOMPLEKS SUKAN SEK 15 ) - BERHAMPIRAN ILKAP

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

Anjuran: PERAKAN MALAYSIATags: kelantan

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.