Subscribe

Apabila wanita rela dilacur, diperaga dan dipertontonkan..

Hebat..hebat hingga ada orang merasa bangga jika dapat mencari rezeki dengan melacurkan diri orang lain. Tidakkah mereka rasa terhina dan keji atas dasar kerakusan ertikata "bapa Ayam" ini. Manakala wanita-wanita ini boleh dikategorikan pelacur terhormat kelas satu. Mungkin diri terasa bangga atas kurniaan Allah yang hanya sementara, mahu digunakan sebaikmungkin keindahan tersebut sehingga rela dan sanggup diri ditelanjang dan dipertontonkan. Masyallah !!! Geramnya aku..

"Semua filem menjual wanita dan rasanya semua filem yang menjual wanita akan berjaya," beritahu Amir, spontan dalam nada berseloroh.

Melanjutkan hujahnya, Amir berpendapat, adanya babak-babak yang telah mendapat pelepasan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu sebagai menepati kehendak skrip.

"Adegan berkemban dan mempamerkan susuk tubuh, itu semua perihal nafsu dan keghairahan wanita untuk kelihatan cantik walaupun terlarang," jelas Amir yang faham sangat sensitiviti budaya Melayu yang dipamerkannya menerusi filem arus perdana pertamanya ini. Ujar pengarah filem Susuk, Amir Muhammad. Lagi hujahnya di sini.

Alangkah indah dan bahagianya ibubapa yang berjaya mendidik dan mencorak anak-anak sebegini rupa..memang sejuk hati ibu dan bapa. Anak-anak tidak bersalah, mereka dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih..ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak samada jadi pejuang agama dan bangsa atau jadi pelalai dan perosak agama dan bangsa. Renung-renungkan kembali kerana yang akan menghadap Illahi adalah diri kita sendiri, tidakkah ada terpalit rasa hina kerana didikan yang dicurahkan tidak mengikut acuan yang sebenarnya, tidakkah rasa jijik bila mana rezeki yang dicari adalah hasil kedurjanaan yang dilakukan dimuka bumi ini.

Adakah kita masih berada di zaman jahiliah, wanita mudah diangkut ke sana-sini, tubuh mudah diratah, dijaja, dipertontonkan, diperkosa. Masihkah wanita-wanita ingin menyalahkan kaum adam atas kerakusan dan kedajalan mereka. Tidakkah ini semuanya datang dari kaum hawa sendiri. Jika perlakuan di atas boleh diperkotak-katikkan dan dilacurkan oleh segolongan "Bapa Ayam" dan memberi makan anakbini dengan rezeki sebegini, bayangkanlah apa yang akan berlaku.

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Masih tidak takutkah insan-insan yang dijadikan oleh Allah tetapi menyombongkan diri, melanggar perintah Allah sedangkan Dia Maha Pencipta..apakah perlunya kepada azab dunia baru datangnya keinsafan mutlak..apakah bila sudah lanjut umur, bila wajah mulai berkedut, gigi tertanggal..waktu itu baru nak sujud kepadaNya. Astagfirullahalngazimm..ingatlah ibubapa kita yang berada di dalam kuburan, menangis terseksa akibat kejahilan kita..fikir-fikirkanlah.

Sedih dan geram; nekadislam





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.