Subscribe

Baju dan songkok anwar pun umno takut !

Mengapa takut sangat dengan anwar? soalan yang perlu ditanya kepada pemimpin dan penyokong UMNO. Anwar belum lagi ke Parlimen dah mula gelabah. Dunia memerhati Malaysia mulai sekarang, silap langkah dalam mengendalikan kes liwat Anwar, maka pasti negara kita akan di"blacklist"

sebagai negara yang paling tidak demokratik dan segala pelaburan luar akan terjejas. Ini realiti atas fakta dan maklumat dari dunia luar yang begitu mengkagumi insan yang bernama Anwar.

Macamana UMNO tak takut pada Anwar, selepas dibebas saja dari penjara semua aktiviti politik Anwar diikuti dengan penuh minat dan setiap ceramah,debat atau apa saja yang dibuat oleh Anwar menerima sambutan yang sungguh luar biasa dari rakyat. Anwar menerima sambutan bukan saja dari penyokong totoknya sahaja, malah semua lapisan rakyat dari berbagai kaum juga memberi respon yang cukup teruja.

Kemasukan Ezam kedalam UMNO tidak mendatangkan sebarang impak yang kuat kepada pengaruh Anwar. Mengapa Anwar begitu dikagumi, malah rata-rata rakyat Malaysia dari berbilang bangsa juga begitu teruja dengan Anwar. Apa sihir yang Anwar pakai untuk semua orang mengkaguminya? Dari tinjauan yang dibuat di ceramah-ceramah Anwar, ramai mengatakan Anwar mempunyai 'aura' sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan drastik politik Malaysia. Anwar tidak hipokrit dalam perjuangannya sejak dari menjadi pemimpin pelajar lagi. Anwar telah melalui berbagai ujian baik semasa beliau sebagai pelajar, TPM dan sekarang sebagai penasihat KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.

Bergelumang dalam UMNO suatu ketika dulu telah memalitkan najis yang begitu busuk kepada Anwar. Anwar ikhlas semasa menyertai UMNO dulu, tetapi setelah cuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam dengan memberikan fokus kepada masalah rasuah dan memberi keadilan kepada semua kaum, bukan untuk kaum melayu saja, Anwar telah dilihat sebagai musuh yang mesti dihapuskan. Maka dari situ bermulalah strategi bagaimana Anwar boleh disingkirkan dari kepimpinan tertinggi UMNO. Sebab itu Anwar apabila telah dibuang dari UMNO, masih mempertahankan prinsip keadilannya untuk semua kaum. Anwar menegaskan dalam setiap ceramahnya, beliau bukan pengkhianat melayu, tetapi sebagai seorang Islam kita di tuntut oleh Islam untuk berlaku adil kepada semua orang dan kaum. Tidak lupa kepada orang melayu sebagai tonggak ketuanan di Malaysia yang perlu di bela, Anwar amat konsisten dalam membela juga semua kaum diberikan keadilan sewajarnya.

Perkara ini tidak berlaku dalam kepimpinan UMNO sekarang, mereka dilihat seolah-olah berjuang bagai nak mati untuk membela orang melayu, tetapi mengambil kesempatan untuk "mencuri" apa yang sepatutnya dimiliki dan menjadi hak orang melayu kebanyakkan. Realiti ada di depan mata, tengok saja kegagalan DEB, sehingga sekarang berapa peratus kekayaan negara dapat diberikan kepada orang melayu yang berhak. Sebab itu apabila Anwar datang dengan kesinambungan perjuangannya yang dulu , rakyat berbagai kaum dapat menerima Anwar. Dunia kagumi dan respect perjuangannya serta kecerdikan mindanya.

Sebab itu kalau Anwar di apa-apakan dalam tempoh berkempen semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini, baju dan songkok Anwar jika dibawa berkempen pun sudah cukup mengerunkan pemimpin UMNO dan BN. Jumpa lagi.

by ProsGa

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.