Subscribe

Bodohnya mengaibkan diri sendiri!

Apa nak jadi ler…sanggup pula mengaibkan diri sendiri…huhu, depan wartawan pula tu…nak glamer ke tu?

Tindakan Saiful yang bersumpah depan Imam Masjid Wilayah Persekutuan menjatuhkan lagi aib dirinya selepas mengaku diliwat dan sekarang bersumpah dengan sewenang-wenang pula, sedangkan dalam Islam sumpah yang dia buat tu khusus untuk mereka yang bergelar suami isteri.

Jika salah seorang menuduh salah seorang melakukan zina dia kedua-dua kena bersumpah bahawa dia tidak lakukan sebanyak empatt kali sumpah dan yang kelima dia sanggup terima laknat Allah jika menipu atau berbohong atau kerana duit!

Semalam ada juga tertengok berita TV, adus meluat betul tengok dia baca skrip yang direka. Bangga betul dengan apa yang diucap depan wartawan tanpa rasa apa-apa akibatnya.

Di akhir skrip ada menyebut dia sanggup menerima laknat Allah jika perkara tersebut tidak benar. Hai berani betul dia mencabar kuasa Allah, dia ingat dia dapat hidup senang lepas ni. Kita sama-sama lah tengok apa yang akan terjadi kepada dia.

Tapi kenapa saat ini dia bersungguh-sungguh untuk mengaibkan diri yang sebenarnya dalam Islam nak mengaibkan orang lain tidak boleh apatah lagi diri sendiri, di saat penamaan calon untuk Permatang Pauh dan menunggu tarikh pengundian begitu laju dia menonjolkan diri.

Apa pun politik Malaysia sudah bertambah kotor dengan perbuatan Saiful ini, rakyat bukan bodoh untuk menilai apa yang dia buat yang pasti Allah tidak akan membiarkan rancangan jahat musuhnya dengan begitu saja. Pasti akan ditolong mereka yang menolong agamaNYA.

by Haris




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.