Subscribe

BPR bertindak demi kepentingan Barisan Nasional

" Syabas kepada BPR badan yang jaga rasuah. Hakikatnya cara bertindak seperti tidak pernah berlaku wakil rakyat atau orang persaorangan tidak pernah berlaku rasuah atau didakwa dalam kes pertuduhan rasuah. Jelas tindakan yang telah di "plan" atau diatur oleh kerajaan barisan nasional negeri dan pusat.

Kita tidak sokong wakil rakyat atau exco yang terjebat dalam arus rasuah. malah kita alu-alukan BPR menyiasat dan mendakwa jika wakil rakyat dalam "pakatan rakyat". melakukan kerja rasuah dalam pentadbiran kerajaan yang di pimpin oleh pakatan rakyat.

Hebat tindakan dan gerak kerja yang diguna pakai oleh BPR. Satu persoalan dibenak pemikiran siapa yang menjadi dalang atau perantaraan proses "merasuah" kepada kedua-dua exco kerajaan Perak yang ditadbir oleh pakatan rakyat?.

Jika kedua-dua exco yang terlibat dalam proses rasuah seperti yang diperkatakan oleh akhbar arus perdana betul-betul terjadi perlu diadili dengan saksama jangan jadikan BPR dan mahkamah sebagai tempat mencari sokongan seta kepentingan untuk kerajaan barisan nasional.

Namun jika benar berlaku salah laku rasuah yang didakwa dan proses mahkamah dibicara untuk menentukan hukuman atau sebaliknya. Maka berlakulah titik hitam kerajaan negeri Perak dibawah pakatan rakyat.

Rakyat di negeri yang ditadbir oleh kerajaan pakatan rakyat tidak rela pemimpin yang melakukan rasuah atau cuba mencari kesempatan dalam setiap keputusan yang diambil.

Jika benar-benar berlaku rasuah dalam pentadbiran kerajaan pakatan rakyat rakyat, pemimpin terbabit perlu diadili dan dihukum dengan seberat-beratnyak. Kita tidak mahu ada musang berbulu ayam dalam kerajaan pakatan rakyat.

Persaolan yang bermain dibenak fikiran ramai mengapa kes rasuah yang melibatkan pemimpin umno dan kerajaan barisan nasional BPR tidak bertindak seperti apa yang berlaku keatas dua exco negeri Perak, walaupun baru pertuduhan dan penyiasatan?.

Kalau nak bicara kes rasuah terhadap pemimpin umno dan kerajaan barisan nasional, kami rasa penjara yang ada di negeri Perak dan lokap polis tidak dapat menampong kehadirannya untuk disumbat dalam lokap dan penjara sementara menunggu perintah tahanan reman.

Kami dan rakyat yang menyokong pakatan rakyat dalam PRU yang lalu merayu kepada semua wakil rakyat dan pegawai serta kakitangan negeri dibawah kerajaan pakatan rakyat berhati-hati setiap keputusan dan gerak kerja yang dilakukan setiap hari.

Musuh politik dan musang berbulu ayam sentiasa mencari maklumat dan memerhati setiap langkah yang diaturkan oleh mereka yang terlibat secara lansung dengan kerajaan pakatan rakyat.

by Mohd Nor Awang





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.