Subscribe

Bukan di atas Al-Quran Saiful bersumpah

Walaupun kehadiran pegawai agama menyaksikan sumpah Saiful, namun penulis ragu dengan cara Saiful bersumpah. Ini kerana terdapat perkara ganjil yang menghairankan penulis semasa melihat Saiful bersumpah di sebuah masjid yang disiarkan oleh TV1 pada malam 15hb Ogos jam 8:00 malam. Perkara ganjil itu adalah seperti berikut:-

Sebelum ini Saiful pernah berkata akan bersumpah di atas Al-Quran untuk membuktikan kalau benar Anwar meliwatnya. Tetapi penulis tidak melihat Saiful bersumpah atas Al-Quran dalam sesi itu.
Apa yang penulis nampak adalah muka Saiful yang sering menunduk ke bawah ketika mengucapkan perkataan-perkataannya menunjukkan terdapatnya ‘nota’ yang menjadi rujukan bagi keseluruhan ucapan Saiful.

Penulis tidak dapat melihat di bawah pandangan mata Saiful kerana kamera menumpukan fokus dari paras dada dan ke atas kepala Saiful yang memakai songkok.

Apabila Saiful siap dan berdiri, kelihatan ada sebuah buku yang dipegangnya tetapi penulis yakin itu bukannya Al-Quran kerana buku Al-Quran sepatutnya tebal tetapi buku yang sedang dipegang Saiful itu kelihatannya nipis. Mungkin buku itu adalah nota rujukan Saiful dalam ucapannya.

Ekspresi muka Saiful juga kelihatannya “merah”. Penulis tidak pasti sama ada Saiful gementar dengan kehadiran begitu banyak wartawan dan jurukamera dalam Masjid itu atau Saiful gementar kalau mengetahui ucapan sumpahnya itu sebenarnya terpaksa atau dipaksa.

FAKTA ANWAR TAK MELIWAT 1998

Makhamah Rayuan telah membatalkan keputusan makhamah pada tahun 1998 yang menjatuhkan hukuman liwat ke atas Anwar. Jadi kerana keputusan itu dibatalkan maka ANWAR TAK BERSALAH, ANWAR TAK MELIWAT pada tahun 1998.

ANWAR TAK MELIWAT SAIFUL

Faktor KUASA yang dijadikan alasan kenapa saiful tidak melawan Anwar ketika Anwar meliwatnya sama sekali TIDAK boleh diterima. Orang mengatakan Saiful tidak melawan Anwar kerana faktor perbezaan kuasa saiful sebagai “budak suruhan” berbanding dengan Anwar seorang bekas TPM dan penasihat parti Keadilan, tetapi penulis mencabar andaian itu dengan keadaan berikut ini:

Kalau benar Saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepada Allah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka Saiful sepatutnya melawan Anwar ketika Anwar meliwatnya kerana Saiful PATUT LEBIH TAKUT kepada ALLAH berbanding Anwar! Kenapa Saiful LEBIH TAKUT Anwar berbanding ALLAH?

Tidak hairanlah kenapa pertuduhan terhadap Anwar adalah “Liwat suka sama suka” dan bukannya “Saiful tak suka diliwat” kerana faktor di atas.

Yang peliknya (sebenarnya lucu), kalau Saiful bersumpah, maka ianya menunjukkan Saiful bersumpah yang dia dan Anwar suka sama suka meliwat dan diliwat.

Diulangi: Saiful bersumpah dia dan Anwar suka sama suka meliwat dan diliwat kerana pertuduhan di Makhamah ialah “Liwat suka sama suka”!

Nampaknya pertuduhan liwat itu harus dipindah lagi dan kalau ia dipindah lagi dari “liwat suka sama suka” kepada “saiful tak suka diliwat”, ingatlah bahawa saudara dan saudari sudah membaca artikel ini sebelum pertuduhan itu dipindah lagi.

Para Pendakwa Raya ternyata menghadapi kesukaran dalam kes liwat ini kerana mereka enggan memberi salinan laporan tuduhan itu kepada Anwar walaupun Anwar bebas mendapatkan salinan itu berdasarkan undang-undang Malaysia.

Hanya satu kesimpulan kenapa mereka enggan memberi salinan laporan itu ialah kerana jika mereka memberi salinan itu kepada Anwar, Anwar pasti memaparkan salianan itu di blognya atau di Malaysiakini atau di TKO sendiri.

Akibatnya semua orang akan dapat membacanya dan mereka (pendakwa) akan menghadapai kesukaran memindah pertuduhan itu apabila mereka terpaksa memindahnya lagi.

Para pembaca sekalian, anda adalah saksi dan fikirkanlah hal ini dengan baik-baik kerana terdapat persoalan-persoalan pelik dalam kes liwat ini.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca ini, tolong sampaikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pilihan rayanya keseluruhan artikel ini untuk membantu mereka dalam kempen Pilihan Raya di Permatang Pauh kerana penulis terlalu jauh disini untuk datang ke Permatang Pauh.

Sumpah Saiful itu serba sedikit boleh mempengaruhi pengundi-pengundi Islam di Permatang Pauh yang kebanyakannya orang Melayu. Tetapi penulis yakin kalau pengundi-pengundi di Permatang Pauh membaca artikel ini, pastinya Anwar menang dengan margin yang lebih besar daripada DSWA.

Kalau boleh, tolong hantar SMS kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh dan seluruh Malaysia dengan ayat dibawah ini.

“Kalau benar Saiful itu seorang yang warak, taat kepada Allah, takut kepada Allah, bersumpah atas Al-Quran untuk membuktikan dirinya benar, maka Saiful sepatutnya melawan Anwar ketika Anwar meliwatnya kerana Saiful patut lebih takut kepada Allah berbanding Anwar! Kenapa Saiful lebih takut Anwar berbanding Allah?”

Tolong hantar mesej di atas dalam bentuk SMS kepada kawan-kawan dan kenalan anda dan ajaklah mereka untuk menyampaikannya kepada orang lain juga.

Sekian.

by Dari_sABaH




1 comment:

Anonymous said...

SEKARANG NI SAYA YANG TAKUT PADA ALLAH?

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.