Subscribe

Debat Lim Guan Eng dan Dr Koh Tsu Koon

Kerajaan Barisan Nasional betul betul lemah. Itu sahajalah yang mampu diucapkan selepas melihat debat semalam. Debat bertajuk 'Kisah Benar kontroversi tanah di Pulau Pinang' itu berlangsung selama satu jam semalam mempertontonkan kepada rakyat satu pendedahan serius yang telah dibuat oleh Lim Guang Eng berhubung ‘skandal tanah’ yang didakwa akan mengakibatkan kerugian sehingga RM1.5 bilion kepada kerajaan negeri akibat kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Dr Koh sebelum ini.

Perdebatan member fokus kepada satu kes yang membabitkan pentadbiran sebelumnya berhubung kelulusan satu permohonan bagi 4.25 hektar tanah di daerah Seberang Perai Tengah kepada seorang kontraktor swasta untuk menjalankan aktiviti kuari. 'Kes RM40 juta' itu kini telah terbabit dalam kes mahkamah antara kerajaan negeri dengan seorang kontraktor persendirian.

Lim berkata, dokumen-dokumen menunjukkan bahawa hampir kesemua jabatan-jabatan teknikal menentang keputusan kerajaan untuk menganugerahkan tanah tersebut kepada seorang individu tunggal.Dr Koh sebaliknya menyalahkan satu kesilapan pentadbiran yang berlaku pada tahun 1960-an dan menegaskan bukanlah ia berlaku kerana kesilapan pentadbirannya semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Yang menjadi persoalannya sekarang,adakah dengan kesilapan yang lepas itu, Barisan Nasional yang meneraju Pulau Pinang tidak dapat mengatasinya ?? 40 tahun, adalah bukan masa yang singkat.Ia satu jangkamasa yang lama untuk membolehkan pentadbiran Pulau Pinang menyelesaikan masalah yang timbul. Malah persoalan lain juga timbul, mengapa kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap 'kes RM40 juta' itu hanya diberi amaran? Lim berkata, kakitangan terbabit sepatutnya bukan sekadar diberi amaran,malahan sepatutnya dikena hukuman yang lebih berat, seperti dipindahkan jabatan.Situasi ini menggambarkan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam mengatasi isu ini.

Sebaliknya Dr Koh juga mempersoalkan tindakan Lim yang dikatakan perlu member fokus agar kes itu menang di mahkamah dan bukanlah mempersoalkan semasa kepimpinan Pulau Pinang di bawahnya. Lim pula menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri yang baru untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya.Katanya, ia selaras dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru CAT (cekap, bertanggungjawab dan telus) dan ia tidak akan menutup sebarang kesalahan daripada pengetahuan rakyat.Perkara yang rakyat perlu tahu, maka sebagai pemimpin hendaklah memberitahu. Bukan menyembunyikan, ia selaras dengan konsep kepimpinan yang telus.

by Farhan Shah

Sumber: Malaysiakini



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.