Subscribe

Ezam Mohd Noor Tidak Menyengat Dalam Ceramah Dedah Anwar Ibrahim

" Masih ada di kalangan rakyat Malaysia yang bertanya kenapa Ezam Mohd Noor kembali ke dalam UMNO. Ada juga yang masih memerhatikannya. Tunggu tertunggu macam penunggu kot kot mendapat jawapan sebenar.

Ada yang seronok bilakah Ezam Mohd Noor akan mendedahkan isi 6 kotak perihal salah laku, korupsi, dan segala macam kejahatan oleh para pemimpin politik UMNO dan lain-lain pemimpin lagi.

Maka, para pemimpin yang berkenaan tentulah berpeluh setiap kali Ezam Mohd Noor semacah mahu mendedah isi 6 kotak itu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu lagi, tidak juga ada pendedahan berkenaan.

Mungkin sedikit masa lagi, dengan kelihatan Ezam Mohd Noor menjejaki sasarannya dengan lerek matanya dari Bandar Tun Razak, ke Bandar Baru Kulim, dan mungkin "bang!" di P 44 Permatang Pauh.

Terkini, ceramah Ezam Mohd Noor di Permatang Pauh!

Awas, Anwar Ibrahim akan didedah malam ini, oleh Ezam Mohd Noor!!

Tetapi, tidak...

Dalam ceramah itu, khalayak yang hadir diberbalikkan kepada cerita Ezam Mohd Noor mengenai Ezam Mohd Noor.

01. Kenapa dia tinggalkan Anwar Ibrahim dan perjuangannya,
02. Perihal Anwar Ibrahim kritik Dasar Ekonomi Baru,
03. Bab Anwar Ibrahim melampau menuduh Pak Lah terbabit konspirasi Sodomy II,
04. Pak Lah pemimpin paling komited menghapus rasuah,
05. Undilah dot dot dot.

Itu sahajalah, macam semua yang jikalau Ezam Mohd Noor tidak berceramahpun kita semua tahu kesemua isi yang diceramahkannya itu.

Oh ya!

Isi 6 kotak?

Ezam Mohd Noor dilaporkan berkata di tempat ceramahnya itu, bahawa * dia hanya kata yang dia tahu mengenai kewujudan kotak itu, tetapi kotak itu tiada padanya. Ada pada Anwar Ibrahim*

Laaa!

Potong stim.

Maka lupakanlah si Ezam Mohd Noor ini, semacamana Ezam Mohd Noor sudah semacam lupa kepada perjuangannya sewaktu dalam GERAK dulu.

Maka kepada yang masih bertanya soalan di atas sekali, tahun ini Disember 2008, Ezam Mohd Noor tidak dibenarkan bertanding dalam UMNO. Di P 44 Permatang Pauh pula, Arif Shah Omar Shah telahpun dipilih, walaupun Ezam Mohd Noor yang awal menawarkan diri sebagai calon.

Eshy! Ezam! Ezam!! Ezam!!!

Maka terjawablah sudah, kenapa Ezam Mohd Noor kembali ke UMNO?
Bila isi 6 kotak akan didedahkan oleh Ezam Mohd Noor?
Ada tidak terdengar pemimpin yang berkenaan dan berkaitan isi 6 kotak itu sedang tergelak terbahak-bahak sekarang?

by zublizainordin




1 comment:

Anonymous said...

ada lagi ke orang nama EZAM ni dalam politik malaysia??? apa??? dah jadi GURKHA???? kesian....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.