Subscribe

Fitnah Nika Aziz merasuah, Anuar meliwat

"Cubaan terbaru media-media BN yang begitu ghairah cuba mengaitkan Tok Guru Nik Aziz dengan kes rasuah berikutan sepucuk surat layang cukup menghampakan rakyat Malaysia baik penyokong Pakatan Rakyat mahupun rakyat biasa. Dakwaan liwat terhadap Anwar meningkatkan populariti kepimpinan PAS yang bersih. Justeru, dalam kedesakan BN menghalang sokongan rakyat dari beralih kepada pimpinan PAS, pimpinan PAS juga mesti dipertuduhkan dengan pelbagai fitnah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat PADA 9 Ogos lalu menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi)," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ni. Bernama memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sebab-sebab pelantikan menantunya itu. Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di Kota Bharu untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.
Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.


Berikut ialah sebahagian persoalan yang timbul:-

1. Adalah jelas bahawa Ariff Fahmi layak dan berpengalaman. Mengapa tindakan dan siasatan tidak dibuat ke atas kepimpinan UMNO yang melantik mereka yang tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mendakwa PAS yang melantik mereka yang layak?


2. Mengapa BPR menyiasat Nik Aziz sedangkan pengumunan telahpun dibuat menjelaskan isu ini sewaktu persidangan. Perlantikan bukanlah dibuat secara sulit sebaliknya sudah dimaklumkan.


3. Siapa dalang di sebalik laporan ke atas Nik Aziz?

4. Tidakkah pelik Tok Guru Nik Aziz dikaitkan dengan rasuh sedangkan Tok Guru seorang zuhud yang hanya tinggal di sebuah pondok kecil di kampung? Bukankah lebih wajar siasatan dibuat ke atas Adun-Adun UMNO yang menjadi jutawan setelah menjadi wakil rakyat hanya sepenggal

by MelayuNeTT

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.