Subscribe

FORUM PRIHATIN: Mohon Pendapat Anda 4 - Tidak Berdosa Menjadi Artis Kerana Menurut Arahan Sang Pengarah?

Orang perempuan yang cantik, apabila memakai tudung menutup aurat lagi cantik contohnya para artis wanita kita yang memang cantik2 bila melakonkan drama berunsur dakwah atau ketika sesebuah drama memerlukan pemakaian tudung. Alangkah cantiknya gadis Melayu/muslimah kita.

Tetapi bila artis yang sama berlakon pada drama yang lain pula, mereka berpakaian tidak menutup aurat, malah agak seksi dan melakukan adegan berpeluk malah beradegan ranjang. Mereka berpeluk selain sebagai kekasih atau suami isteri, mereka juga berbuat demikian selaku ibu bapa terhadap anak atau sebagai adik beradik; padahal mereka bukan mahram/muhrim???

Kita sekeluarga di depan TV masing-masing menonton perkauan mereka di dalam sesebuah drama dengan tenang tanpa apa2 perasaan tergetus untuk persoalkan status sebenar dan hukum halal/haram dari kaca mata Islam. Maka secara tidak langsungnya kita sekeluarga membenarkan keadaan tersebut. Para remaja/belia pula akan terikut2 dengan watak2 dan perwatakan di kaca TV itu.

Kadang-kadang mereka para artis ini bila menghadiri sesuatu majlis atau acara, mereka akan berpakaian agak menjolok mata selain tidak menutup aurat. Pakaian mereka mengalahkan pakaian artis2 lelaki; cumanya kadang2 artis lelaki suka berpakaian selekeh, tidak smart, tetapi 100 peratus mereka menutup aurat.

Terasalah pada kita bahawa para artis wanita tadi, seolah mereka itu tidak tahu dosa pahala atau memang tidak takutkan dosa. Kita juga tahu kadang2 melalui paparan media diberitakan bahawa mereka juga melakukan berbagai maksiat dosa seperti minum arak, bersekedudukan, ketagih dadah sehingga dibawa ke mahkamah.

Tanpa menyatakan mereka itu idola kepada masyarakat atau tidak, kita dapati aktiviti mereka sangat ditonjolkan oleh media seperti kulit2 majalah hiburan, rancangan2 hiburan di kaca TV dsb. Perbuatan mereka itu bagai sejenis spesis yang sering menukar imej mengikut suasana. Bagi kita manusia Islam perbuatan itu adalah bersifat pura-pura (Bah.Inggeris= hypocrete, bah.Arab= munafiq).

Maka kita sangat mengharapkan adanya golongan2 tertentu dari masyarakat kita seperti para mufti, ulama berjawatan di jabatan2 kerajaan/pusat pengajian tinggi atau tidak, NGO2 / badan2 dakwah menggunakan 'power' yang ada bagi membasmi atau selalu bertindak menegur dan sebagainya. Ini juga adalah peranan bersama mencegah kemungkaran dan benih2 maksiat. Adakah kita/mereka akan terlepas dari pertanyaan mahkamah Allah di akhirat nanti. Ataukah begini yang kita faham bila kita berada di dalam sebuah negara Islam Hadhari?
ATAU BAGAIMANA DAN KEMANA KITA?

Moga teguran ini bermanfaat untuk kita semua.




by Ayahandaku
http://Abdulhadimuhamad.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

rosyam nor kata semua bergantung kepada niat... bodoh atau bengong statement ini???

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.