Subscribe

“Hang jangan ingat hang ada mulut hang leh cakap.”

Kita dicanangkan di serata dunia,sebagai sebuah negara yang aman,makmur dan mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen. Negara ini mengamalkan kebebasan dan memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara. Statement memualkan ini sudah lali untuk didengari Satu omongan kosong “cakap tak serupa bikin.”

Oleh itu,berhati-hatilah kita sebagai rakyat. Kerajaan yang maksum ini tidak boleh ditegur dan dikritik walau sekelumit. Walaupun kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kita kena sedar, sebenarnya kita berada di sebuah negara yang sedikitpun tidak mengamalkan demokrasi berparlimen. Ingat,Ini kerajaan “ Cakap tak serupa bikin”. Hati-hati untuk bersuara. Salah haribulan,kita ditangkap dan disumbat dalam jel. Pelbagai akta digunakan untuk berlindung dan menghalalkan cara “kerajaan cakap tak serupa bikin” ni, contohnya seperti menahan dan menangkap dengan sewenang-wenangnya tanpa perbicaraan dan pengadilan.Akta famous ini “Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah defender terbaik yang selalu digunakan oleh Kerajaan Bee End untuk menghalalkan cara mereka. Dengan akta ini jugalah betara ramai isteri dan anak tahanan mengalirkan air mata.

Namun jangan bimbang,tak lama lagi. Sabar. Tak lama dah.Anwar Ibrahim sudah berjanji sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah,rakyat tidak perlu takut kepada penahanan dan perbicaraan sewenang-wenangnya.

“Penggunaan kuasa untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang adil. Perbezaan pendapat bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan” katanya.

Rakyat boleh bersuara dengan aman. Negara kita akan betul-betul menuju kearah negara demokrasi berparlimen yang sebenarnya kelak. Kita mengharapkan pembentukan kerajaan baru menjadi realiti.Aminnn….

by Farhan Shah



1 comment:

semutapi said...

ada mata lihat ada telinga dengar ada otak fikir
ada mulut hati2 cakap nanti kena saman.
ada peluang, hentam.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.