Subscribe

Hanya BN mampu bawa kesejahteraan kepada Malaysia

Dalam tempoh seminggu dua ini sehingga menjelang pilihanraya kecik Permatang Pauh, Rakyat akan disajikan dengan pelbagai cerita dan insiden ciptaan BN dan Umno untuk membuktikan kepada rakyat bahawa "Hanya BN sajalah yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat dan Malaysia"

Yang terbaru, seekor lagi lembu tunggangan BN iaitu Majlis Peguam telah berjaya memesongkan perhatian daripada Permatang Pauh kepada isu yang paling sensitif iaitu islam. Forum ini diadakan tepat dan berseuaian sebagai sebahagian strategi BN menjelang pilihanraya kecil ini.(isu ini adalah isu yang setaraf dengan isu sinqui)

Ini adalah diantara beratus ratus lagi isu lain yang sedang menunggu giliran untuk disebarkan dan diantaranya ialah:

1) Filem negara dengan iklan pendek yang sedang keudara sekarang juga merupakan sebahagian daripada agenda ini termasuk cerita beruk dengan beruang. Itu adalah sindiran sinis yang ditujukan kepada Wan Azizah atau PKR yang kononnya akan mengalami apa yang dikatakan sebagai "yang dikejar tidak akan dapat dan yang dikendong akan berciciran".

2. Isu penurunan harga minyak akan dicanang disetiap channel dan ruang di dalam setiap akhbar dan media prima BN. Isu penurunan harga minyak adalah isu licik BN bertujuan untuk membeli undi di Permatang Pauh.

3. Tidak lama lagi akan didedahkan kepada kita tentang pemimpin atau negara jiran seperti Singapore, Thailand atau Indonesia yang akan menimbulkan isu yang akan mencabar kedaulatan negara yang akan diselesaikan secara berhemah oleh kerajaan BN dan pemimpinnya.

4. Lebih banyak pejabat, markas, rumah pemimpin BN akan ditimpa keganasan seperti api dll untuk menunjukkan bahawa, pembangkang ni tidak ada kerja lain kecuali keganasan. Pelbagai perkara akan berlaku kepada puteri Umno dan juga puterinya termasuk Dato' Seri Anwar akan cuba meliwat dan menggoda pengundi muda atau putera Umno nanti.


5. Tunggu, lihat dan nilaikan sendiri nanti..

Taktik-taktik yang akan meniupkan semangat kenegaraan dan berkisar sekitar keagamaan ini akan digunakan menjelang pilihanraya P44 untuk membuktikan kepada rakyat dan pengundi, hanya BN dan pemimpinya sahajalah yang mampu melindungi kepentingan rakyat dan negara.

Untuk itu adalah disarankan supaya Gagasan Pakatan Rakyat tidak mudah menari atau melatah dengan pelbagai rentak dan irama yang akan dialunkan BN dalam masa terdekat ini. Berhati-hatilah... Bertindaklah sebagai bakal peneraju negara yang mengawal keadaan dan bukannya menjadi mangsa kepada keadaan ciptaan Umno/BN.

Tumpukan perhatian kepada agenda sebagaimana yang telah dirancang dan teruskan dengan bijaksana. Insyaallah, kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat di PERMATANG PAUH.

by Rizal

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.