Subscribe

HARGA MINYAK : KERAJAAN PERDAYA RAKYAT, SUBSIDI 30 SEN KEKAL, BUKAN TURUN 30 SEN - Ref Malaysiakini

Nampak kerajaan cuba bermain silap mata dengan rakyat dengan menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan subisidi 30 sen bukannya menurunkan harga minyak 30 sen sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan rakyat.

Semalam, Imam Hadhari mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan kadar subsidi 30 sen sebagaimana sekarang. Ini bermakna harga akan kekal sama sehinggalah harga minyak dunia turun dengan banyak barulah mungkin harga minyak kita akan turun.

Pandai sungguh nampaknya pemimpin BN ini bermain kata-kata sehingga seolah-olah harga minyak akan turun. Tetapi hakikat sebenarnya bukan begitu.
Saranan Anwar Ibrahim supaya harga minyak diturunkan sehingga 50 sen dengan memberikan fakta dan kaedah untuk menurunkan harga minyak langsung tidak diendahkan kerajaan. Jelas sekali kerajaan langsung tidak memikirkan keperitan hidup rakyat akibat kenaikan harga minyak dan barangan.

Media hari ini melaporkan bahawa mulai 1 September ini, harga runcit petrol akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter. Berdasarkan kaedah itu, harga runcit petrol akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan 4 Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Imam Hadhari) berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas meneliti aliran penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang susut kepada AS$122 setong Selasa lalu. "Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan dinaikkan melebihi paras RM2.70 seliter yang sedia ada tahun ini," katanya dalam kenyataan mengumumkan kaedah terbaru penyelarasan harga runcit petrol di Putra Jaya semalam.

by Mutaligat

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.