Subscribe

Harga minyak: Naik mencanak, turun ha’ alah !

" Kerajaan Pak Lah mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter,manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan 22 sen kepada RM2.40 seliter, berkuatkuasa hari ini. Harga diesel turut diturunkan 8 sen kepada RM2.50 seliter. Itulah keadaannya. Rakyat menyangkakan Pak Lah akan umumkan penurunan dalam sekitar 50 sen atau 60 sen atau lebih sebab Anwar bercadang kalau Pakatan Rakyat memerintah akan diturunkan harga minyak 70 sen. Tetapi itu tidak berlaku.

Walaupun harga minyak diumumkan turun, namun wajah rakyat masih kekal kelat dan berkerut. Bilakah ceria yang sebenarnya akan mendatang ? Mungkin itulah persoalan yang berligar di fikiran rakyat terbanyak. Bukan rakyat tidak bersyukur dengan pengumuman itu, tetapi penurunan harga sebanyak itu tidak meningggalkan kesan yang ketara kepada rakyat dalam pengurusan ekonomi mereka. Semuanya mahal, kekal mahal dan tetap mahal.

Pak Lah berjanji akan mengumumkan harga baru minyak katanya pada 1 September. Bagi rakyat sudah pastilah pengumuman harga baru itu ialah harga yang telah diturunkan pada tahap yang memberi kesan menceriakan rakyat. Tetapi malangnya belum sampai 1 September, penurunan harga minyak telah diumumkan. Inilah dia Pak Lah dan BNnya. Kalau rakyat tuduh Pak Lah dan UMNO/BN bermain politik, pak Lah marah ! Kalau rakyat kata Pak Lah dan kerajaannya turunkan harga minyak kerana Anwar Ibrahim bukan kerana rakyat, lagilah Pak Lah melenting. Kalau ada seorang dua rakyat yang terbalikkan Jalur Gemilang kerana protes kerajaan Pak Lah, Pak Lah kata biadap. Tetapi hakikatnya, macam begitu. Macam yang dituduh oleh rakyat. Macam yang dikatakan oleh rakyat. Pak Lah memang bermain politik, turun minyak kerana Anwar mengancam di Permatang Pauh dan sampai hati Pak Lah main-mainkan harapan rakyat. Rakyat terima penurunan itu, tetapi tiada rakyat yang gembira dengan penurunan sebakhil itu.

Persoalannya sekarang, apakah kesan penurunan sebanyak yang diumumkan ? Apakah harga barangan dapur, harga makanan, harga alatganti kenderaan, harga barangan binaan dan seumpamanya akan turun? Rakyat di kampung-kampung tak pandai membuat analisa ekonomi yang canggih-canggih. Yang mereka tahu semua barang diangkut oleh kenderaan yang menggunakan minyak. Jika harga minyak naik, harga barangan lain akan naik dan begitu juga sebaliknya. Apa jaminan dengan penurunan sebanyak itu kerajaan Pak Lah melalui menteri pengguna yang tak pernah melawat kedai di pekan-pekan kecil boleh menguatkuasakan penurunan harga barangan ? Bercakap dalam TV bolehlah. Nak buat itu nak buat ini, mekanisma itu mekanisma ini tapi realitinya tetap mencekik darah.
Kadang-kadang terasa geram dihati melihat tindakan dan perancangan kerajaan UMNO/BN. Mereka ini bersungguh-sungguhkah menjaga kebajikan rakyat terutama yang miskin. Atau mereka memang bersungguh-sungguh, tapi kerajaan mereka sudah tak mampu kerana wang tabung sudah kering, di sapu oleh projek-projek membazir untuk kroni ? Atau mereka memang tak kesahkan rakyat, yang penting mereka yang untung sama ada secara ekonomi mahupun politik !

Kalau itulah realitinya, maka mereka adalah sebuah kerajaan yang tidak berkebajikan, tidak cekap, membazir, penuh dengan ketirisan dan yang paling membimbangkan menjadi sebuah kerajaan yang tidak mendapat rahmat Ilahi. Na’uzubillah !
"

by X-Ray







1 comment:

Anonymous said...

SEBAGAI UMAT ISLAM..KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR..WALAUPUN SEDIKIT...ITUKAN REZEKI NAMAYA

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.