Subscribe

Hinanya Sdr Ezam !!! Di Kaca Mata TGHH, TGNA & TGHD .......

Permintaan Sdr Ezam , supaya alim ulamak dalam PAS , maksudnya ditujukan kepada TGNA , TGHH , TGHD dan lain – lain , bagi menyatakan pendirian terhadap sumpah laknat saiful , telah disambut dan dibuat penjelasan.

Sudah Terantuk Baru Tergadah
Menjadi satu tanda tanya yang agak besar di kalangan rakyat Malaysia , mengapa Sdr Ezam mengharapkan pertolongan dan meminta supaya alim ulamak dalam PAS , mempertahankan cara saiful mengangkat sumpah laknat ?

I]
Adakah , kerana rakyat Malaysia umum nya sudah dapat menghidu , beberapa kesilapan semasa saiful mengangkat sumpah laknat , seperti kaedah , cara , adab tertib dan hukum serta beberapa kali tersasul.?

Ii]
Muka tak malu , mengapa Sdr Ezam mengharapkan pertolongan alim ulamak PAS , ketika ianya sudah seolah – olah tersepit oleh kerja – kerja tangan beliau sendiri ?

Iii]
Mengapa Sdr Ezam bersungguh – sungguh mempertahankan saiful dalam hal mengangkat sumpah laknat ini ?

Iv]
Adakah Sdr Ezam mempunyai apa – apa kepentingan dalam kes Liwat 2 dan Sumpah Laknat ini ?

V]
Adakah Sdr Ezam terlibat sama dalam membuat fitnah Liwat 2 terhadap DSAI ?

Membaca kenyataan dan penjelasan yang dibuat oleh TGHH , TGNA & TGHD di bawah dan yang lain – lain , dapat memperlihatkan ianya dibuat atas kesedaran , tanggungjawab dan amanah Allah akan ilmu yang ada , bukan bermaksud untuk ditujukan kepada Sdr Ezam , mungkin itu adalah satu kebetulan sahaja.

Natijah dan implikasinya , ia merupakan satu tempelak , betapa hina nya Sdr Ezam di kaca mata TGHH, TGNA & TGHD dan lain – lain

Cabaran Ezam

I]. Pas perlu tampil pertahan cara saiful angkat sumpah

16/08/2008 7:46pm BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mendesak Pas tampil mempertahankan cara Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah kerana ia dilakukan mengikut proses Islam
......................................Sdr Ezam Mohamad Nor


Penjelasan Tok Guru

I]. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

Mohd Rashidi Hassan Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYTIPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

..................................Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ii]. Sumpah Saiful tindakan bodoh

Intan Abdullah & Mohd Nor YahyaSat | Aug 16, 08 | 12:39:28 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini

...............................Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Iii]. Dr Haron Din persoal mengapa penuduh pula yang bersumpah?

Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan SallehSat | Aug 16, 08 | 3:57:25 pm MYTIPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.

"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.

......................................Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din
"

by UlitMaYanG




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.