Subscribe

IMAM HADHARI (PAK LAH BADAWI) TERUS LANGGAR FATWA MUFTI - Ref Malaysiakini

Amalan melanggar Fatwa Mufti nampaknya sudah menjadi perkara biasa bagi Imam Hadhari (Pak Lah Badawi). Semalam sekali lagi Imam Hadhari membelakangkan Fatwa Majlis Fatwa. Sudah banyak kali fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dipandang sebelah mata sahaja oleh Imam Al Hadhari ini.

Imam Hadhari tanpa rasa segan atau malu kepada Majlis Fatwa kebangsaan hatta kepada Allah, melanggar fatwa mufti dengan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2008 di Tugu Peringatan Negara semalam.

Sebelum ini fatwa Mufti Perak menyatakan jom Heboh haram pun dilanggar. Imam Al Hadhari hanya diam membisu. Diam bukankah tanda setuju dengan perbuatan penganjur meneruskan program Jom Heboh.

Bersalam dengan perempuan bukan muhrim pun dilanggar. Malah bukan sahaja bersalam beliau dengan mesra memegang bahu pelakon Hollywood Michelle Yeoh tanpa segan silu.

Nampaknya menjadi ‘penganut’ Islam Hadhari memang senang kerana SEMUA BOLEH.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang pernah berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan sepatutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

Ustaz Ahmad Awang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan ini (mengalungkan bunga di tugu peringatan) selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam.

Beliau juga berkata tidak hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan ‘clear-cut’ dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang ‘Barat’ dan sekular itu sendiri.

Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam.


Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama.

Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika ang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.

Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Apa dalil, nas dan hujah Imam Hadhari untuk menyanggah fatwa ini. Adakah Islam Hadhari ada kitab sendiri untuk menolak hujah-hujah Majis Fatwa ini??????????

MAKA JELASLAH PERDANA MENTERI LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI FATWA DAN MEMBELAKANGKAN TERUS AJARAN ISLAM DALAM HAL INI.

APAKAH ORANG YANG SEMACAM INI UNTUK KITA SANDARKAN HARAPAN BAGI MEMBELA ISLAM.

Sedutan dari Laporan Harakahdaily (Julai 2007)

1 comment:

hnyydww said...

bapa kencing berdiri...anak kencing berlari...kala PM sendiri puja tugu...jgn marah kalau anak muda black metal puja setan..!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.