Subscribe

Imej Baru Puteri UMNO

Nampak gayanya sikap bermuka-muka Puteri UMno yang menjadi perayu UNDI di kawasan Permatang Pauh tidak berjaya.Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.

Walaupun fashion baru para Puteri UMNO untuk mengaburi mata pengundi/penduduk di Permatang Pauh,tinjauan mendapati usaha mereka dilihat masih gagal merayu simpati agar penduduk Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN).Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik untuk memilih kepimpinan negara.

Puteri Umno dan gerak kerja parti BN hanya tertumpu di Dun Sebarang Jaya berbanding di Dun Permatang Pasir dan Penanti kerana tidak berjaya menarik undi penduduk di kawasan lain.Para pengundi juga diminta berhati-hati melihat wanita berkebaya, berbaju kurung, bertudung labuh atau berseluar jeans kerana khuatir Puteri Umno yang mempunyai ciri-ciri munafik,menyamar sebagai perayu undi KeADILan atau PAS namun menjadikan kes liwat, peristiwa sumpah oleh Saiful atau membandingkan keramahan Dato' Ariff Shah dengan orang ramai.

by Farhan Shah




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.