Subscribe

Istana tidak perkenan Hadi, Nik Aziz beri khutbah Jumaat di Perak

Berkebetulan 2 orang Tuan Guru bertandang ke Perak untuk mengikuti Muktamar Pas. Secara tidak formal mereka dijemput untuk memberi khutbah oleh IR Nizar sebagai penghormatan kedatangan mereka berdua ke bandar diRaja itu.Namun perkara ini menjadi satu isu.

Sebagai rakyat Kelantan,saya sudah maklum mengenai rutin mingguan Tuan Guru Nik Aziz. Antaranya,menjadi khatib di mimbar masjid. Beliau sudah biasa memberi khutbah,melaksanakan kewajipan sebagai Imam Solat Jumaat. Sekiranya ditanya kepada rakyat kelantan, mereka juga akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.begitu juga dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Maklum mengetahuinya.

Ia, mungkin Sultan Perak tidak mengetahui, bahawa dua orang Tuan Guru ini adalah seorang yang professional dalam apa jua keadaan.Mereka tidak pernah memberikan khutbah yang berbentuk politik semasa menjadi Khatib di mimbar. Peranan seorang Imam Jumaat dengan peranan sebagai seorang pemimpin politik adalah ditunjukkan dalam situasi berbeza.Saya sendiri pernah mengikuti khutbah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bukan sekali dua,malah berkali kali. Beliau tidak pernah mencampuradukkan isu berkaitan politik dalam khutbahnya.


Kesimpulannya, sepatutnya perkara ini tidak menjadi satu isu.Walaubagaimanapun,masing-masing ada tafsiran & pandangan tersendiri tentang isu ni. Terpulanglah untuk menilainya..

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Rancangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri dan Masjid Institut Tadbiran Islam Perak esok tidak diberi perkenan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden PAS itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Katanya hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak. - Bernama

by Farhan Shah




1 comment:

enjit2semut said...

salam.
usah diherankan bila suasan sebegini boleh terjadi.mereka lebih suka menerima ulam mamak dari ulama.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.