Subscribe

Isu Mubahalah – Najib & Ezam Yang Bebal.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika ditanya wartawan selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam 16 Ogos 2008 mendakwa kenyataan TGHH bahawa sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mematuhi hukum Islam sebenar hanya merupakan pandangan peribadi Presiden Pas itu semata-mata.

Sebaliknya, Najib berkata, pendapat ulama dalam hal berkenaan adalah berbeza.

``Itu pendapat (Abdul) Hadi tapi pendapat ulama berlainan,'' Kata Najib.

Di tempat dan waktu yang sama pula, Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mendesak Pas tampil mempertahankan cara Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah kerana ia dilakukan mengikut proses Islam.

Menurut Ezam, memandangkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan sumpah tersebut, maka sebagai sebuah parti Islam, Pas harus mempertahankannya.``Saya ada banyak kawan-kawan di kalangan parti Pas, jadi saya yakin mereka akan meletakkan Islam lebih daripada kepentingan lain.

Kita ingin menekankan di sini bahawa seperti apa yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa amalan sumpah yang telah dilakukan oleh Saiful Bukhari langsung tidak mengikut hukum & syariat Islam.

Apa yang diperjelaskan oleh TGHH bahawa sumpah Saiful tidak mengikut hukum Islam adalah berdasarkan sepertimana hukum-hukum yang termaktub dalam Al-Qur’an yang dinyatakan secara qat’ie sepertimana juga hukum-hukum Talaq dan Iddah, Illa’, Zihar, Li’an dan Qadzaf, Ihdad, Istibra’, Nafkah dan Hadanah.Hukum-hukum tersebut dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran.

Hukum tersebut bukan pendapat ulama, ianya adalah merupakan perintah Allah. Najib berkata bahawa itu adalah pendapat Hadi, tetapi pendapat ulama berlainan.Ezam pula menggesa PAS untuk mempertahankan cara Saiful mengangkat sumpah kerana kononnya ia dibuat mengikut proses Islam.

Inilah masalahnya dngan penganut-penganut UMNO, sentiasa bebal dengan hukum-hukum dan syariat Islam.Tidak ada dalam Syariat Islam orang yang menuduh liwat, zina, rogol atau khalwat ke atas orang lain dan mereka gagal membawa 4 orang saksi yang adil dan cukup syarat boleh membuktikan kebenaraan tuduhan mereka dengan bersumpah laknat. Hanya pihak suami yang yakin bahawa isterinya melakukan zina yang gagal mendatangkan 4 orang saksi untuk membenarkan dakwaannya sahaja yang boleh bersumpah laknat untuk menggantikan 4 orang saksi tersebut – Hukum dan Syariat ini yang ada di dalam Islam. Orang yang bukan suami isteri yang menuduh zina, liwat atau rogol kepada seseorang perlu mendatangkan 4 orang saksi adil yang cukup syarat untuk membenarkan tuduhan mereka. Jika gagal, mereka menanggung hukuman qadzaf iaitu mesti disebat 80 kali. Di dalam Syariat Islam, bebanan pertuduhan diletakkan ke atas orang yang menuduh.

Undang-Undang Syariah di Malaysia memperuntukan bahawa orang yang menuduh liwat ke atas seseorang yang gagal membawa 4 orang saksi perlu dibicara mengikut undang-undang Qadzaf berdasarkan Perlembagaan Perkara 121a-1. Perbicaraan dan siasatan boleh dilakukan untuk membuktikan kebenaran pihak yang menuduh dan pihak yang kena tuduh. Jika terdapat kesangsian, atau terdapat bukti-bukti sokongan yang lemah, hakim syar’ie masih boleh menjatuhkan hukuman takzir berdasarkan budi bicara dan kebijaksaannya untuk kepentingan masyarakat.

Kita cukup hairan, di mana Najib dan Ezam belajar agama kerana sanggup mendakwa bahawa Saiful melakukan angkat sumpahnya mengikut proses dan hukum Islam. Jika kedua-duanya mendapat nasihat dari Ulama di dalam UMNO, kita ingin bertanya kitab mana pula yang mereka rujuk, apakah mereka tidak merujuk kepada hukum-hukum qat’ie yang secara jelas ada di dalam Al-Qur’an. Paling menjengkel kan kita ialah sikap Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan beberapa orang pegawai Masjid Wilayah Persekutuan termasuklah salah seorang Imamnya Ramlang Porigi kerana tidak menegur Saiful ketika hendak melakukan sumpah laknatnya itu. Apakah pegawai-pegawai ini tahu hukum-hukum Islam? Ataukah mereka mendapat arahan untuk menjadi saksi dan berada bersama Saiful ketika sumpah laknat itu dilakukan ?

Kita ingin menasihatkan Najib dan Ezam agar belajarlah hukum Islam secara mendalam dahulu. Jangan jadikan Naskah Al-Qur’an sebagai alat untuk dijunjung sewaktu mengangkat Sumpah Laknat sedangkan segala hukum-hukum, peraturan serta perundangan yang diwahyukan didalamnya dibantah dan dihina. Allah tidak menurunkan Al-Qur’an sebagai alat untuk bersumpah tetapi untuk beramal dengan segala panduan, hukum dan peraturan yang ada di dalamnya.

Menariknya, Saiful ketika ingin bersumpah laknat itu bersyahadah pula sebanyak 3 kali dan membaca Surah Al-Fatihah sekali. Surah Al-Fatihah adalah merupakan pujian kehadrat Allah dan doa semoga ditunjukkan jalan yang betul, bukan seperti jalan orang-orang Yahudi, Majusi & Nasrani dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat. Ini bersumpah dengan menjunjung Al-Qur’an ni ambil nas dan panduan dari mana pulak ?

Tun Mahathir pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan dan kejahilannya dalam hal ini. Ketika ditemui pemberita pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Serdang Tun Mahathir berkata dan menggesa Anwar turut bersumpah "Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi kemudian pegang al-Quran...junjung Al-Quran baru boleh terima,’’ Kita tidak begitu hairan sangat dengan bekas PM ni, sebab dia ni dulupun minta Al-Qur’an ditafsirkan semula.

Kita ingin sekali lagi menasihatkan puak-puak yang berada di dalam UMNO sana. Jangan cuba untuk menggunakan peraturan dan hukum Islam untuk kepentingan politik sewaktu berada dalam keadaan terdesak sahaja. Nanti ia akan menunjukkan kebodohan dan kejahilan kamu sendiri. Hukum dan peraturan Islam perlu dijadikan undang-undang pemerintahan. Syahadahkan Perlembagaan Negara !"

by tunasharapan1




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.