Subscribe

Jangan libatkan keturunan bila bersumpah – Haron Din

Saiful Bukhari sungguh beria-ia ingin membuktikan bahawa dia berada di pihak yang benar. Memang tidak dinafikan, sesiapapun bebas bersumpah bagi membuktikan kebenaran. Namun, pilihan untuk bersumpah adalah pilihan yang terakhir sekali setelah tiada penyelesaian di Mahkamah. Dan sekiranya beliau (Saiful Bukhari) bertegas juga untuk bersumpah, bukti yang jelas dan boleh mensabitkan pertuduhan kepada Anwar Ibrahim juga harus disertakan semasa bersumpah.

Menurut Dr Haron Din,sumpah juga harus dilakukan di mahkamah yang membicarakan kes,bukan mudah-mudah begitu pergi ke masjid keluar sumpah. Ia bukanlah tidak boleh tetapi cara dan pelaksanaan itu adalah tidak mengikut syarat Islam.Mengulas mengenai sumpah laknat Saiful Bukhari juga,beliau juga menyangkal tindakan Saiful Bukhari yang bersumpah sekiranya dia berdusta,seluruh keturunannya dilaknat Allah hingga ke hari Kiamat.

“ Diingatkan kalau bersumpah, bersumpahlah seorang diri sahaja,tapi kenapa dia meminta melaknat keturunan dia sampai hari kiamat?” Kata timbalan Mursyidul Am PAS disamping menegaskan tindakan Saiful Bukhari bersumpah menggunakan Al-Quran sebagai tidak patut berlaku dalam Islam.

Beliau juga menjelaskan tuntutan sumpah dalam Islam hanya dikenakan kepada tertuduh,bukannya pihak yang menuduh. Oleh hal yang demikian, pihak yang menuduh perlu menyertakan bukti yang dia diliwat. Selepas itu pihak tertuduh juga patut menunjukkan bukti bagi menolak dakwaan tersebut. Inilah cara Islam yang sebenarnya.

by Farhan Shah




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.