Subscribe

Kami di belakang mu, Dato' Seri Presiden !!

"Saya berbesar hati menerima keputusan dato mursyidul Am dan dato seri presiden yang berhubung isu muzakarah pasca pilihan raya ke-12 . Dari tahun ke tahun kita dapat melihat keputusan presiden yang semakin matang dan tidak bergopoh gapah dalam membuat keputusan , Dato’ seri presiden masih seperti dulu , bersikap tegas dan agak bengkeng ini dapat dilihat dalam wawancara harakah bulan lalu, yang memaparkan sikap tidak pernah berubah terhadap islam.

Walaupun pendekatannya mungkin berbeza dengan Almarhum ustaz fadhil , tetapi kita dapat melihat mekar bunga yang semakin membara di persada politik tanah air . Kalau dahulu Dato Seri Presiden dilihat seorang yang keras dan tegas ,hari ini mereka diluar gerakan islam semakin menerima beliau selepas tok guru memerintah terangganu selama 4 tahun , walaupun pemerintahan islam disana ditekan dan fitnah , kita melihat bagaimana penerimaan bukan slam terhadap pemerintahan beliau . hari ini kita sudah dapat melihat orang bukan islam memakai baju bulan dan membawa bendera parti . Mereka dapat menilai !!

kalau di perak , Pas dapat menjadi Menteri Besar , dengan hanya 6 kerusi Dun ,tidak mustahil Dato’ Presiden kita Perdana menteri Malaysia ke-6 , dengan kerusi parlimen yang kecil !!!

Kita mendengar bagaimana PAS ditarik dan ditawar beberapa jawatan penting dalam kerajaan campuran pasca pilihan raya umum ke-12 , tapi kita melihat bagaimana pejuang –pejuang islam menolak semua itu , kerana apa yang dicari bukan kekayaan , harta benda tetapi keikhlasan untuk islam !!

Di dalam politik, setiap perkara adalah mustahil berlaku dan adalah mustahil tidak berlaku. PAS pernah berkerjasama dgn UMNO dalam kerajaan perikatan sedikit masa yg lalu. Diceraikan dan ditendang keluar. Namun, PAS masih mampu bergerak dalam arus politik Negara yg serba dahsyat dan mencabar kerana lazimnya, semua pihak mengetahui bahawa BN menguasai seluruh pelusuk kekuatan di dalam negara.

kalau di perak , Pas dapat menjadi Menteri Besar , dengan hanya 6 kerusi Dun ,tidak mustahil Dato’ Presiden kita Perdana menteri Malaysia ke-6 , dengan kerusi parlimen yang kecil !!!

Kita mendengar bagaimana PAS ditarik dan ditawar beberapa jawatan penting dalam kerajaan campuran pasca pilihan raya umum ke-12 , tapi kita melihat bagaimana pejuang –pejuang islam menolak semua itu , kerana apa yang dicari bukan kekayaan , harta benda tetapi keikhlasan untuk islam !!

Di dalam politik, setiap perkara adalah mustahil berlaku dan adalah mustahil tidak berlaku. PAS pernah berkerjasama dgn UMNO dalam kerajaan perikatan sedikit masa yg lalu. Diceraikan dan ditendang keluar. Namun, PAS masih mampu bergerak dalam arus politik Negara yg serba dahsyat dan mencabar kerana lazimnya, semua pihak mengetahui bahawa BN menguasai seluruh pelusuk kekuatan di dalam negara.

Malah saya membaca perjanjian perikatan-pas pada penggabungan yang mempunyai kelebihan terhadap islam. Tetapi ia dikhianati oleh Umno sendiri .

Secara peribadi saya yakin pimpinan PAS sudah pun memikirkan beberapa pengkhianatan UMNO terhadap Melayu dan Islam selama ini sejak dari sebelum merdeka sehinggalah selepas merdeka :

1-Almarhum Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan pernah menyebut di dalam tulisan beliau Ulama’ Malaya Belum Bersatu Dan Belum Punya Persatuan ketikamana beliau menyertai Bahagian Agama Dan Pelajaran UMNO bahawa kedudukan ulama’ ketika itu umpama sampah yg tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Tambahan pula ulama’ pada ketika itu telah muak dengan sikap UMNO dalam isu murtad Natrah, kes penganjuran loteri judi, fun fair, cabaret dan lain2 lagi perkara yg telah mencemar kewibawaan melayu dan Islam amnya.

2-Dalam satu persidangan ulama’ yg dipimpin oleh Mufti Pulau Pinang, Syeikh Abdullah Fahim pada 1951 di Seberang Perai, persidangan itu telah sebulat suara mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

3-Di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Ahmad Hasan dan Dr Hj Alias Abbas, PAS telah mengetengahkan tentang kemerdekaan yg boleh menegakkan Islam dan dalam masa yg sama, menolak kerakyatan jus soli yg merugikan peribumi dan dalam masa yg sama, mendesak agar agama Islam dijadikan dasar pemerintahan negara merdeka. Tetapi, perkara ini bercanggah dgn pendirian UMNO yg memilih syarat yg dikenakan oleh British dalam proses kemerdekaan negara.

4-Kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan melalui politik kotor Perikatan pada Oktober 1961. Sementara kerajaan PAS Kelantan pula telah dijatuhkan melalui ordinan darurat akhir 1977. Majoriti rakyat di Terengganu dan Kelantan merupakan melayu dan Islam. Tidakkah UMNO dilihat lebih mementingkan kuasa semata2 dari melihat kepentingan melayu Islam di hadapan pada ketika itu?

5-Tragedi penyerangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan yg diperalatkan oleh UMNO terhadap penduduk Kampung Memali, Baling pada tahun 1986 sehingga mengorbankan 14 orang ahli PAS semata2 untuk menghapuskan pengaruh PAS. Bukankah hampir majoriti penduduk Kampung Memali merupakan melayu Islam dan mereka pula tidak pernah mengenal senjata2 moden yg diacukan oleh pasukan keselamatan?

6-Melancarkan Dasar Ekonomi Baru tetapi dalam masa yg sama, melayu Islam masih terpinggir kerana agihan kontrak dan projek diberikan kepada golongan tertentu. Timbulnya rasuah yg dilakukan oleh pemimpin2 UMNO.

7-Masalah murtad yg berlaku dikalangan Melayu Islam dianggap remeh oleh pemimpin UMNO.

8-Pembunuhan politik. Tragedi pembunuhan ke atas Ketua Pemuda PAS waktu itu, iaitu YB Abdul Samad Gol yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an, Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan serta jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.

9-Penarikan royalit minyak terhadap kerajaan PAS Terengganu yg baru memenangi pilihanraya umum ke-10 walhal, majoriti rakyat Terengganu merupakan melayu Islam.

10-Menafikan peruntukan pusat kepada kerajaan PAS Kelantan dari tahun 1990.

11-Menderhaka kepada raja-raja melayu dalam beberapa hal termasuklah dalam pemilihan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum ke-12 tetapi, dalam masa yg sama, tidak memikirkan bahawa Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam dan Melayu di negara kita.

12-Memecat kakitangan awam yg menyokong pembangkang (amalkan demokrasi sempit) dan dalam masa yg sama, memecat Mantan Mufti Selangor, Almarhum SS Dato’ Mufti Ishak Baharom yg cuba menyelamatkan peserta2 ratu cantik yg terdiri dari kalangan melayu beragama Islam.

Mungkin semua ini menyebabkan Dato’ Menteri Besar Kelantan menutup pintu sebarang rundingan ( muzakarah ) dengan Umno terutamanya beliau sering menyebut peristiwa pembunuhan politik di kelantan pada 70-an , seperti perenggan ke-8 .

Pun begitu , media memutar belit kenyataan pemimpin tertinggi sehingga kenyataan dato presiden dan muryidul am seolah-olah berlaku percanggahan . Sebenarnya dato’ presiden juga hanya membenarkan pertemuan (muqobaloh ) bukan rundingan . Dan pada Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas , kekeliruan itu terjawab apabila kedua-dua tok guru membuat sidang media bersama yang dengan nada tegas tidak membenarkan muzakarah tetapi muqobaloh dibenarkan untuk menyelesaikan masalah – masalah umat . Alhamdullilah kita melihat bagaimana keputusan yang diambil mengikut badan yang paling tertinggi dalam gerakan islam MAJLIS SYURA ULAMA , yang mana kuasanya melebihi dari cabang-cabang dalam organisasi parti islam . berfungsi mentafsir perlembagaan PAS dan setiap ahli wajib mematuhinya .

Apa yang boleh disimpul sebenarnya ialah , kita tidak lupa apa dosa-dosa yang dilakukan oleh Umno dan sesetengah itu masih berterusan sampai sekarang , tetapi saya bersetuju untuk muqobalah bukan berkongsi kuasa dengan Umno !!

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!..Wassalam ..
by Farhan Shah

1 comment:

Tongkat Besi said...

Kepada PAS :
Bukankah sunnah RasulNya SAW menyampaikan dahulu, bina *kefahaman,...., hasilnya kemudian baru dituai bila dah tiba masanya.

*kefahaman(dalam PAKATAN)

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.