Subscribe

KARUT: KELUAR PKR

KARUT: KELUAR PKR

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang disebar kononnya saya isytihar keluar daripada PKR hari ini.

Ini adalah fitnah dari golongan yang tidak bertanggungjawab.

Saya tetap bersama jentera di Permatang Pauh bekerja keras untuk memastikan DSAI menang hebat dalam pilihanraya kecil ini dan menyertai Parlimen Rabu 27 Ogos ini.

Insyallah mengikut janjinya DSAI akan membentuk Kerajaan Putrajaya pada atau sebelum 16 Sept ini.

Walau apa keadaan pun saya ingin menegaskan bahawa asas perjuangan saya tetap memartabatkan Islam.

Saya berharap dan berdoa dibawah Kerajaan baru pimpinan DSAI saya akan berpeluang untuk melaksanakan agenda perjuangan memartabatkan Islam insyallah.

Ameen


Dipetik dari Blog Zulkifli Nordin
http://zul4kulim.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.