Subscribe

Kehebatan PAS kerana Al-Quran

" Buat Pertama kalinya penulis mengikuti Muktamar Tahunan PAS secara penuh. Di dalam muktamar ini melihat bagaimana kematangan para perwakilan yang berucap dan membahaskan ucapan dasar presiden. Setiap kritikan dan cadangan yang dikeluarkan secara lembut ataupun keras bersandarkan kepada sifat sayangkan parti Islam ini.

Isu Muqabalah yang diwar-warkan oleh media arus perdana dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul sebarang ketidakpuasan hati dari semua perwakilan dan pemerhati.

Walaupun sebelum ini, semacam terdapat pertelingkahan di kalangan pimpinan terhadap isu ini. Tetapi selepas diberi penjelasan oleh Presiden dengan bersandar kepada Al-Quran dan sirah Nabi SAW, para perwakilan dan ahli dapat menerima dengan baik penjelasan tersebut.

Dalam isu ini, Majlis Syura Ulamak mengaitkan dengan apa yang berlaku di Perjanjian Hudaibiyyah dan Kisah antara Nabi Musa dan Firaun. Semua ini bersandarkan kepada Nas yang jelas.

Realiti kesatuan ahli PAS ini cukup berbeza dengan keadaan ahli dan pimpinan UMNO dan BN, bahkan DAP dan PKR. Apakah rahsianya PAS dapat bersatu bermula penubuhannya pada tahun 1951 sehingga sekarang.?


by Attakiri



No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.