Subscribe

Kerusi Dah Dikosongkan, DSAI kena Cekup?


Selain rasa gembila timbul juga keresahan dibenak saya apabila DSWA mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan DSAI bertanding. Secara dangkalnya memang cukup baik dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh pengikut PKR semua.

Persoalannya jika DSAI ditangkap dan ditahan dalam tempoh yang membenarkan pilihanraya kecil tersebut diadakan atas apa jua alasan apa akan terjadi kepada kerusi parlimen tersebut?

Syak wasangka ini timbul adalah ekoran komen pengerui SPR secara sinis yang menyebut bahawa dia ada jawapan bagi perkara tersebut tapi enggan memberitahunya kerana ianya adalah soal perlembagaan.. ujarnya apabila ditanya oleh wartawan.

Apakah DSWA akan dikenakan tindakan kerana sengaja mengosongkan kerusi tersebut atau kerusi tersebut memang boleh dikosong sedemikian rupa tapi tak boleh dikosongkan untuk keluarga, merujuk pada kes DSAI. (Pada mereka yg pakar dlm undang-undang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia harap beri tunjuk ajar).

Sayugia diketahui UMNO/BN sanggup buat apa saja bagi menghalang DSAI dari masuk parlimen. Jika DSAI ditangkap ekoran peguam negara mengarahkan kes liwat tersebut dibicarakan, dan perbicaraan tersebut sengaja dipanjang-panjangkan untuk melepasi tempoh pilihanraya kecil itu nanti. Apa akan terjadi? DSAI sudah pasti tak boleh bertanding dalam tempoh tersebut?

Oleh Din Moon

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.