Subscribe

Langkah bijak Presiden PAS membantu memangkan Anwar

Presiden PAS telah mengambil langkah bijak dengan tidak banyak bersuara kerana apa juga yang dikeluarkan daripada mulutnya akan dimanipulasikan ketahap maksima oleh media BN untuk menyerang pakatan dan menghentam Anwar. Kita jangan lupa masih ramai dikalangan rakyat kita yang kurang cerdiknya dan menerima 110% apa yang dimuntahkan media kerajaan.

Kalau masih ada yang beranggapan Dato Seri President hanya berdiam diri dan goyang kaki sahaja dalam pilihanraya P44 ini, seeloknya hentikan sahaja tohmahan itu kerana ianya bakal mencacatkan iman diri sahaja.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman saya berpendapat Dato' Seri Presiden berpendekatan lebih bekerja kuat dengan bijak dan kurangkan bercakap. Langkah ini adalah langkah yang sebaiknya, bijak dan lebih matang. Bercakap bila perlu seperti isu sumpah Saiful yang sememangnya masyarakat tertunggu-tunggu komen daripada beliau. Di sayap pemuda yang dikepalai Salahuddin sememangnya pergerakan itu sentiasa siap siaga untuk menggempur dan "Lawan tetap Lawan".

Dato’ Seri Presiden merestui pergerakan anakbuahnya. Begitu juga dengan DNA (Dato' Nik Aziz) dalam Pas yang sentiasa bersama Anwar di saat tewas mahupun kemenangan. Kepada pejuang keadilan yang sentiasa bersama Anwar di Permatang Pauh, usahlah ada rasa ragu kerana seluruh kepimpinan menyokong padu baik secara diam mahupun terang. Apa yang penting sekarang ialah kita tidak seharusnya begitu rapuh dan mudah melatah terikut rentak sumbang ciptaan BN.

Dan terpenting sekarang ialah kebijaksanaan kita mengurus kemarahan untuk mengatur kemaraan bagi menjamin kemenangan yang kita semua impikan bersama Anwar di Permatang Pauh sebagai langkah terakhir menuju ke Putrajaya. Kepada semua, lengkapkan diri dengan “Jaket Kalis Fitnah” di Permatang Pauh kerana ia adalah jaminan pertahanan yang sebaiknya

by Rizal




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.