Subscribe

Majlis Peguam, cukuplah.. sudah-sudahlah !

"Forum bertajuk “Masuk Islam” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada hari itu telah benar-benar membuktikan sikap tidak mematuhi semangat perlembagaan Malaysia yang seharusnya lebih difahami oleh Majlis Peguam. Tidak mematuhi kerana sikap tidak faham perlembagaan Malaysia adalah tidak mungkin, kerana mereka semua adalah peguam yang memang memahami undang-undang. Habis, kenapa mereka meneruskan juga forum itu sehingga terpaksa dihentikan ?

Pada kebanyakan rakyat yang mencintai agama Islam tidak ada sebab lain Majis Peguam bersikap demikian melainkan cubaan membuat eksperimen untuk melihat sejauh mana sensitivity umat Islam terhadap agamanya atau satu bentuk provokasi untuk memperlihatkan betapa hodohnya” dan beremosinya penganut Islam di negara ini.

Memang umat Islam sebenarnya tidak dibenarkan mengganggu agama lain tetapi apabila hukum dan kaedah agama Islam cuba dibincang oleh pihak lain dengan tujuan untuk mengubah hukum dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dan bukan bertujuan untuk memahami agama Islam, maka disaat itu umat Islam akan bangkit menentang. Bangkit menentang ini bukan emosi tetapi adalah perintah Tuhan. Sebab itu dalam Islam, mana-mana penganutnya yang mati dalam peperangan atau kerana mempertahankan agamanya adalah mati syahid.

Dalam kaedah di negara Malaysia, mahkamah Syariah telah diberi kuasa oleh perlembagaan Malaysia ( sepatutnya tidak perlu begitu kerana perundangan Islam sebenarnya lebih tinggi dari perlembagaan Malaysia ) untuk membicarakan dan memtuskankan keputusan berkaitan hukum dan hal ehwal yang membabitkan Islam. Ini adalah suatu perkara yang jelas yang tidak sepatutnya menjadi agenda rungutan Majlis Peguam.

Soal terdapat perbicaraan dalam mahkamah syariah yang membabitkan penganut bukan Islam sepatutnya telah lebih awal difahami oleh majlis peguam yang bijak dalam memahami apa sahaja perundangan. Kalau ahli Majlis peguam boleh mengkaji segala rupa perlembagan ciptaan manusia di dunia kenapa pihak Majlis Peguam tidak secara terbuka mengadakan diskusi atau forum untuk memahami perundangan Islam ? Kenapa Majlis Paguam berasa begitu bimbang, tidak yakin dan takut untuk berforum bagi memahami perundangan Islam ? Jika majlis Peguam faham perundangan Islam seharus tidak timbul rasa tidak puas hati dengan beberapa kes yang membabitkan bukan Islam atau kes-kes murtad.

Dalam soal murtad, Majlis peguam harus berforum dengan cerdik pandai dan para ulamak Islam untuk memahami kes dan implikasi murtad dalam Islam. Bagi Islam tiada paksaan dalam beragama. Ini sangat jelas. Orang-orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menganut Islam melainkan hidayah Allah telah sampai kepada mereka dan mereka dengan rela hati serta ikhlas mahu memeluk agama Islam.

Dan Majlis Peguam seharusnya berusaha memahami, bagi penganut Islam kedudukannya adalah tidak boleh murtad atau tidak boleh keluar Islam untuk menganut agama lain. Tidak timbul soal tidak adil. Ini adalah hak asasi penganut agama Islam yang bukan diputuskan oleh penganut Islam tetapi oleh Tuhan mereka. Setiap penganut Islam atau yang menjadi Islam adalah tertakluk kepada perundangan Islam walaupun negara umat Islam itu tidak melaksanakan perundangan Islam.

Soal dihukum oleh hukuman pada waktu semasa sama ada, di mahkamah syariah atau sivil itu cerita lain. Soal setiap umat Islam mahu atau tidak mahu, sedar atau tidak sedar, faham atau tidak faham, jika mereka itu beragama Islam tetap ada ganjaran pahala dan ada hukum dosa. Setiap pahala ada ganjarannya. Dan setiap hukum dosa ada hukumannya dan tetap berjalan di sisi Allah. Percaya atau tidak percaya, jika mereka mengaku Islam, mereka wajib percaya atau sebelum memeluk Islam, mereka seharusnya awal-awal berusaha memahami bahawa mereka tidak boleh dan tidak ada ruang untuk membatalkan keimanan dan kepercayaan itu melainkan menerima hukuman seperti mana yang ditetapkan oleh Allah. Sebab itu menganut Islam tidak boleh main-main or just try ! No ! Ini harus difahami terlebih dahulu oleh Majlis Peguam tanpa sebarang sangkaan buruk. Ini kaedah agama kami ! Adalah tidak adil jika Majlis peguam mengatakan tidak adil terhadap agama kami.

Mungkin Majlis Peguam akan terus bertanya bagaimana pula dengan penganut Islam yang rela hati mahu murtad ? Dalam konteks Malaysia, mahkamah Persekutuan telah memutuskan persoalan kes murtad adalah urusan Mahkamah Syariah. Jadi tidak sepatutnya lagi Majlis Peguam yang faham undang-undang Malaysia berusaha untuk mengubah perkara ini. Biarkan Mahkamah Syariah memutuskan sama ada individu itu perlu dikaunseling atau dihukum. Kalau Majlis Peguam tidak puas hati, mereka perlu redha kerana negara yang bermasyarakat majmuk ini telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Adalah diyakini, jika pihak Majlis Peguam sentiasa beruasaha gigih memahami agama Islam secara ikhlas mereka akan memahami hikmah hukuman dari perundangan Islam. Atau lebih cantik lagi jika Majlis Peguam mengambil insiatif menerima cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Majlis Peguam mengadakan forum perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain; yang mana lebih baik ?

Wahai sahabat-sahabat dalam Majlis Peguam, cukuplah mengadakan forum atau apa sahaja diskusi untuk membincangkan bagaimana membolehkan penganut Islam memeluk agama lain. Memang tidak boleh dan tidak ada ruang melainkan menerima kaedah penyelesaian Islami dan menerima hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.

Wallahu aklam. "

by X-Ray




4 comments:

tamupulaumelaka said...

Majlis Peguam berani mengadakan juga forum tersebut walau dilarang pihak kerajaan, Pas dan NGOs kerana mahu menduga/ mengacah sejauh mana respon dgn percubaannya mnyentuh soal maruan umat Islam. MP berdegil kerana mahu melihat kekuatan gertakan itu memberi kesan atau tidak kepada kedudukan MP sendiri.Terjejas atau tidak.
Atau fenomena yg berlaku ini mungkin punya hikmah menguji pihak kerajaan yg berdepan juga dgn masalah murtad>>> ada org2 Islam memeluk agama lain, tetapi tiada apa2 tindakan.(?)

UMMI ABRAR said...

pelik ngan kerajaan...kenapa tidak diambi tindakan kepada peguam2 yang terlibat...kenapa hanya NGO yang berani pergi menghalang...tangkap sahaja, pak lah keluarkan arahan supaya disumbat sahaja ke ISA...bukan ke itu semua mengganggu ketenteraman dan sensitiviti awam...kalau Jemaah Islamiyyah yang memperjuang agama disumbat ke ISA...kenapa penghina Islam dibiar bebas...??

Anonymous said...

KENAPA SEMUA NAK SALAHKAN KERAJAAN?...ADA PEMIMPIN POPULAR YANG BUKAN DALAM KERAJAAN SEKARANG PUN KUNCI MULUT DALAM ISU NI..TAKUT HILANG KAWAN KE?
SEKURANG-SEKURANGNYA KERAJAAN DAN BAGI WARNING..

Anonymous said...

asyik nampak salah orang je

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.