Subscribe

Malaysia tanpa Anwar tetapi UMNO akan tekubur!

Bagai sudah tidak ada jalan keluar lagi bagi UMNO. Walaupun tiada bukti sahih yang Say Fool diliwat namun kerana kerakusan mencengkam kuasa sudah sebati mahu mengumpul kekayaan peribadi dan kroni maka Anwar akan dihalang dengan apa cara sekalipun.

Masa sudah suntuk apabila Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Maka cepat-cepatlah puak munafik ni menyiapkan kertas siasatan pertuduhan liwat terhadap Anwar walaupun tiada kes.

Hari ini Anwar akan diperintahkan ke Mahkamah kangaroo sekali lagi untuk menutup peluangnya merubah Malaysia kearah negara yang lebih maju dan bermaruah.

Hamid botak begitu gembira semasa menyatakan pihak polis dan peguam negara telah siap kertas pertuduhan terhadap Anwar. Seolah-olah gembira dengan fitnah terancang ini. Ciri-ciri islam munafik sudah terserlah kepada pemimpin-pemimpin yang merancang konspirasi seperti ini.

Walaupun tanpa Anwar sekiranya dipenjarakan sebelum pertandingan pilihanraya kecil itu nanti, perjuangan tetap diteruskan kerana beliau telah meletakkan satu wadah kepada rakyat Malaysia iaitu Pakatan Rakyat untuk menentang kedurjanaan pemimpim-pemimpin BN dan UMNO khususnya. Lawan tetap lawan!

Anwar tidak penting lagi tetapi perjuangan menguburkan BN dan UMNO takkan padam. Pemimpin datang dan pergi tetapi pemimpin sejati akan meninggalkan nama yang besar kepada generasi yang akan datang. Pemimpin munafik dan korup akan dicemuh kemudian hari.

Memang layaklah Anwar digelar sebagai 'Bapa Reformasi Malaysia' walaupun beliau tidak sempat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pemimpin dari Pakatan Rakyat akan mengambil alih jawatan itu nanti insyaalah.

by C4boleh




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.