Subscribe

MEMBONGKAR KONSPIRASI BN DAN MAHKAMAH

Kes Anwar sampai kepada kemuncaknya apabila BN meneruskan provokasi dengan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim esok. Pendakwaan kes ini yang dicemari dengan kepentingan politik UMNO, tuduhan yang tidak konsisten dan pelbagai kenyataan bercanggah dari Pak Lah bagaikan satu provokasi yang amat dahsyat kepada rakyat jelata. Artikel ini mengkaji (i) sebahagian penyelewengan pendakwaan kes Anwar, (2) prosedur mahkamah yang akan diselewengkan dan (3) pilihan tindak balas yang ada pada rakyat.

(i) Penyelewengan pendakwaan kes Anwar Bahagian ini telah dilaporkan sebelum ini. Bagi yang telah membaca artikel “10 Penyelewengan Pendakwaan Kes Anwar”, bolehlah terus ke bahagian seterusnya.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas.

Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya.

Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah.

Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.


4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi. DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu.

Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.


6. Bukti alibi Anwar memadai Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara.

Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO.

Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang. 10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut. Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria.

Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan. Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki.

Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Bahagian 2

(2) prosedur mahkamah yang akan diselewengkan

Sebenarnya, terdapat pelbagai prosedur dan proses mahkamah yang boleh diselewengkan oleh mereka yang faham dengan kaedah-kaedahnya. Berikut ialah sebahagian daripada prosedur yang boleh diselewengkan:

(i) Menafikan ikat jamin

Menurut Kanun Prosedur Jenayah, seorang majistret atau hakim boleh menafikan ikat jamin. Lazimnya, seseorang yang didakwa dengan sesuatu pertuduhan akan dibenarkan untuk diikat jamin melainkan terdapat bukti bahawa orang tersebut akan lari atau orang tersebut akan mengancam saksi-saksi. Tidak timbul isu Anwar akan lari kerana Anwar akan bertanding di Permatang Pauh. Tidak timbul juga soal Anwar akann mengugut saksi atau pengadu kerana selama ini pun, Anwar tidak pernah mengugut pengadu. Pak lah pun telah memberi jaminan keselamatan kepada Saiful dan PDRM pun telah dikerah untuk melindungi Saiful agar Saiful selamat-seselamatnya.

Meskipun begitu, kuasa majistret adalah mutlak dan majistret boleh menafikan ikat jamin dengan memberi alas an Anwar akan mengancam pengadu dan membawa huru-hara melalui demonstrasi jalananan yang mungkin akan dibuat. Ini merupakan penyelewengan yang pertama. Anwar terpaksa merengkok di dalam penjara memandangkan ikat jamin ditolak dan perjalanan kes boleh berlangsung sehingga 4 ke 5 tahun. Antara kebimbangan terbesar rakyat ialah percubaan bunuh akan dibuat sewaktu Anwar dipenjara dan pihak berkuasa akan lepas tangan dengan mendakwa Anwar bunuh diri sewaktu dipenjara. Sebelum inipun, Anwar nyaris mati apabila cedera parah dan matanya lebam teruk dipukul bekas Ketua Polis Negara. Dipercayai Ketua Polis yang baru akan lebih ganas ke atas Anwar berikutan laporan polis yang dibuat Anwar ke atasnya.

(2) Tidak menyerahkan dokumen-dokumen

Prosedur ini sudah sukar untuk dilakukan kerana pindaan telah dibuat ke atas Kanun Prosedur Jenayah di mana pihak pendakwaan MESTI menyerahkan dokumen berkenaan seperti laporan pengadu sebelum perbicaraan bermula.

(3) Meminda-minda Pertuduhan

Ini merupakan satu kaedah penyelewengan prosedur yang mudah di mana pihak pendakwaan akan meminda-minda pertuduhan, baik dari segi tarikh-tarikh yang berkenaan dan juga fakta-fakta pertuduhan. Sebelum inipun pihak pendakwaan telah menukar tarikh kejadian sebanyak 3 kali bagi kes terdahulu. Pada tarikh pertama, banglo yang kononnya tempat kejadian liwat berlaku belumpun siap dibina.

Dipercayai, kaedah meminda-minda Pertuduhan akan diteruskan kali ini.

(4) Penangguhan Kes

Ini merupakan satu seni di dalam bidang guaman di mana pihak pendakwaan akan melengah-lengahkan perjalanan kes dengan meminta penangguhan. Kes akan mengambil masa yang sangat panjang berikutan permohonan penangguhan yang akan dibuat dengan kerapnya. Adalah amat jarang bagi seseorang majistret untuk menolak permohonan penangguhan kes oleh pihak pendakwaan.

(5) Bukti-bukti palsu

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Saiful tidak mempunyai sebarang saksi kerana tiada sesiapa pun yang akan membawa saksi-saksi untuk melihat perbuatan liwat. Justeru, bukti akan bergantung kepada bukti-bukti tidak langsung seperti rambut Anwar atau apa-apa yang berkaitan dengan Anwar. Bukti-bukti ini tidak cukup untuk mensabitkan Anwar tetapi cukup untuk menimbulkan keresahan dan keraguan bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang kurang berpelajaran. Anwar akan kehilangan sokongan politik berikutan perjalananan kes yang lama. Rakyat juga tidak dapat berkomunikasi dengan Anwar yang dipenjara dan rancangan peralihan 30 ahli Parlimen BN mungkin tergendala.

(6) Hakim dari skandal VK Lingam

Seterusnya, sekiranya hakim yang mengendalikan kes Anwar ini merupakan hakim yang diletakkan BN ke dalam mahkamah untuk menjamin kemenangan BN seperti yang terbongkar dari skandal isu pita Lingam, harapan untuk Anwar mendapat keadilan adalah sifar.

Seterusnya, mari menilai kemungkinan tindakbalas rakyat

(3) pilihan tindak balas yang ada pada rakyat.

(i) tidak buat apa-apa kecuali berdoa

Ini merupakan pilihan juga sebenarnya. Sekiranya rakyat merusuh dan berlaku rusuhan besar-besaran, UMNO akan menari kegembiraan kerana darurat akhirnya boleh diisytiharkan. Parlimen akan digantung dan UMNO bolehlah memerintah dengan bebasnya tanpa sebarang campurtangan Pakatan Rakyat kerana sedang darurat dan parlimen tidak bersidang.

(ii) Bantahan rasmi

Bantahan rasmi boleh dibuat. Duta-duta asing pun bersama-sama menyerahkan bantahan mereka tetapi UMNO tidak mungkin ambil peduli.

(iii) demonstrasi besar-besaran

Sebenarnya UMNO sudah lali dengan demonstrasi dan tidak merasa terancam pun dengan demonstrasi yang selama ini berlangsung dengan aman. Di negara-negara jiran, kerajaan tumbang kerana demontrasi besar-besaran yang berlaku sudah mencapai tahap rusuhan. Di Malaysia, demonstrasi yang mencapai tahap rusuhan dijangka tidak akan berlaku melainkan dengan izin kepimpinan tertinggi PAS seperti Nik Aziz. Sekiranya Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu melihat ada mana-mana ahli PAS melainkan ahli itu merusuh dan berjihad menumbangkan BN, nescaya rusuhan besar-besaran akan berlaku. Meskipun begitu, ini agak mustahil berikutan sikap diplomasi Tok Guru. Tok Guru dipercayai hanya akan berbuat sesuatu sedrastik itu sekiranya tiada langsung sebarang pilihan lain.

(iv) menumbangkan kepimpinan UMNO

Sekiranya ahli-ahli UMNO ingin parti mereka terus relevan, ahli-ahli UMNO perlu menggulingkan kepimpinan penuh korupsi oleh Pak Lah dan Najib. Dengan barisan kepimpinan yang baru, dakwaan palsu ke atas Anwar perlu ditarikbalik. Dengan kepimpinan baru yang bersih, imej UMNO masih boleh dipulihkan sekalipun akan mengambil masa. Sekiranya UMNO meneruskan budaya mengampu dan tidak berani menukar kepimpinan, dipercayai amarah kebangkitan rakyat akan turut ditujukan kepada ahli-ahli UMNO.

Kesimpulannya, rakyat juga mempunyai pilihan. Marilah kita bersama-sama memilih yang terbaik. Harapan kita, rancangan Pak Lah untuk mendakwa Anwar akan dibatalkan saja dan Pak Lah berhenti bermain dengan api kemarahan rakyat. Api yang kecil boleh menjadi besar sehingga membakar diri. Seterusnya, hakim dan majistret diharap tidak menafikan ikat jamin Anwar sekiranya pendakwaan diteruskan kerana rakyat percaya ia bagaikan lesen untuk membunuh Anwar.

posted by others blogger

Nadi REFORMIS

AMK Gelang Patah




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.