Subscribe

Mengenali Siapa Arif Shah Sebenarnya

Anwar tak payahlah saya perkenalkan. Kalau ada rakyat Malaysia yang tak kenal Anwar, tak payah mengaku rakyatlah, buat malu saja. Saya ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan 'anjing-bawahan'/underdog UMNO kali ini.

Yang Berhormat Datuk Arif Shah Haji Omar Shah merupakan Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beliau dilahirkan pada 21 November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik. Mengikut ahli blog yang juga Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi mendakwa bahawa beliau merupakan adik kepada Amin Shah Omar Shah, bekas seorang ahli perniagaan Malaysia yang suatu masa dulu terkenal dengan industri perkapalan. Rambutnya penuh memutih digelar "pek moh" oleh masyarakat Cina setempat. Beliau juga digelar "OCBC" iaitu Orang Cina Bukan Cina.

Bangga tak sekolah kebangsaan

Arif Shah berbangga kerana tidak bersekolah di sekolah kebangsaan dan kerana itu beliau boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien. Beliau mula menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hun Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan diikuti sambungan pengajian di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur. Seterusnya belajar di Federal Institut of Technology jurusan kejuruteraan awam. Kemudian ke Graber International, California, Amerika Syarikat - jurusan bahan binaan .Semua anaknya dihantar ke sekolah Cina agar bijak berbahasa Cina seperti dirinya.

PhD satu penipuan.

Kontroversi kelulusan Ph.D yang diperolehinya dibincangkan dalam internet kerana beliau hanya ada diploma sahaja, tidak ada ijazah atau sarjana yang melayakkan beliau mengambil Ph.D. Arif Shah menjelaskan bahawa beliau berhenti belajar jarak jauh dari 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkan di British Virgin Islands kerana mengeluarkan diploma palsu.


Beliau pernah 'berguru' dengan Anwar Ibrahim ketika Anwar Ibrahim mengetuai UMNO Bahagian Permatang Pauh dari 1982 - 1998.

Depan Melayu tunjuk hero, Depan Cina lain pula.

Pada 15 Mac 2008 tunjuk perasaan telah diadakan di hadapan bangunan Komtar, Pulau Pinang. Tunjuk perasaan itu disiarkan oleh TV3 dan RTM. Mereka didalangi oleh pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Arif Shah turut hadir dalam perhimpunan haram tersebut. Mereka membantah ura-ura Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan diganti dengan Agenda Ekonomi Malaysia.

Abang pun muflis.

Arif Shah menafikan beliau ada kaitan perniagaan dengan perniagaan abangnya Tan Sri Amin Shah Omar Shah yang telah muflis. Business Focus Sdn Bhd gagal melangsai hutang RM9 juta kepada PDC kerana membeli Penang Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (PSC) yang berjumlah RM29 juta akibat kemelesetan ekonomi pada 1997-1998.

by MelayuNeTT






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.