Subscribe

Menjawab Noh Omar terhadap Anwar


Sebentar tadi buletin utama ada menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Sekular, YAB Dato' Noh Omar mengenai isu perletakan jawatan ahli parlimen oleh Presiden PKR YB Dato' Wan Azizah Wan Ismail berhubung kesediaan Penasihat PKR Saudara Anwar Ibrahim untuk bertanding bagi kawasan terbabit.

Noh Omar dipetik mengatakan bahawa Saudara Anwar Ibrahim adalah bukan anak jantan @ pengecut. Ini kerana Saudara Anwar hanya berani mempertaruhkan popularitinya untuk jawatan ahli parlimen di kawasan sendiri. Meminjam perkataan yang dipakai Noh Omar sebagai gelanggang sendiri.

Nampaknya Noh Omar tidak bersetuju dengan tindakan Saudara Anwar bertanding di kawasan sendiri. Adalah lebih menyelerakan lagi selera Noh Omar jikalau saudara Anwar bertanding selain Permatang Pauh. Dan jika ini terjadi, mungkin kenyataan Noh Omar akan berbunyi begini pula.

" Anwar bertanding untuk Parlimen 'Contoh' sebagai tidak ikhlas. Dia bukan mewakili rakyatnya. Kalau dia benar2 anak jantan atau mahu mewakili rakyatnya, tentu dia akan bertanding di kawasannya, Permatang Pauh. Keputusan Anwar bertanding untuk Parlimen 'Contoh' adalah tidak wajar kerana dia bukan mewakili rakyatnya. "

NOH OMAR"

by Mohaz_Line

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.