Subscribe

Merdekakah Kita?

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, kesihatan tubuh badan, kecergasan minda, berkeyakinan, sabar menempuh ujian membuatkan diri ini masih berkuasa meneruskan perjuangan hidup sambil mencari rezki yang dilimpahkan Allah di muka bumi ini.

Pesan seorang kawan “kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan datang menghampiri. Rintangan dan masalah hidup harus di tempuh walau apa jua sekali cara sekali pun. Jangan lari dari masalah kerana ianya tidak akan menyelesaikan segala kekusutuan. Tempuhinya dengan penuh kesabaran dan beristikharah.”

Semalam kesihatan ini menjaminkan diri melangkah ke masjid Bandar Tasik Selatan , sesudah solat maghrib kuliah berlangsung dengan penuh kekusyukan. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa (pengacara Al Kulliyah). Topik berkaitan kemerdekaan. Beliau menyentuh bahawa kita sebagai umat islam sebenarnya belum merdeka walaupun negara telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun ini.

400 tahun lebih sejak 1511 negara kita dijajah. Penjajah telah meninggalkan satu ideologi yang amat menyakitkan umat islam. Antaranya:

Sekularisme: Pemisahan politik dan agama. Agama dan politik tidak boleh dicampur aduk. Ianya telah dipraktik di negara ini sejak sekian lama. Astaghafirullahalazim.

Liberalisme: Perundangan islam dipertikai. Segala hokum yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah dikaji semula dan di ubah mengikut selera pengkaji. Antaranya persamaan taraf lelaki dan wanita. Aminah Waduk adalah contohnya. Sesunggunya Rasulullah menegaskan lelaki dan wanita mempunyai hak dan kelebihan masing-masing di dalam Islam.

Plurarlisme: Semua agama adalah sama. Contoh di Indonesia dengan terlaksananya pancasila dimana rakyat disana berlainan agama boleh berkahwin dan tinggal serumah tanpa menukar agama Islam.

Kesemua fahaman ini semakin menular ke dalam masyarakat kita setelah hampir sekian lama malah ianya telah menjalar ke negara ini tanpa kita sedari. Ayuh bangunlah wahai kaum muslimin dan muslimat bebaskan kita dari penjajahan ini. Bukalah minda seluasnya dalamilah pengetahuan islam sedalam-dalamnya. Sesungguhnya musuh musuh Islam tidak akan berputus asa menghancurkan Islam dan umatnya. Semuga generasi akan datang, anak cucu kita bebas dari ancaman musuh Islam mudahan mereka akan dapat menikmati Islam sebaik-baiknya.

Merdekakah kita???

By : talikasutkayu




1 comment:

Jashamsulnizam said...

Sejarah tak boleh direka namun masa depan wajib di corakkan dan di usahakan agar terjadi :

Kronologi sejarah yang di usahakan :

16 Sept. DSAI Angkat Sumpah Sebagai PM Malaysia
15 Sept. DSAI mohon restu Agong.
15 Sept. DSAI mengadap DYMM AGONG.
15 Sept. DSAI mengisytiharkan pembentukan PAKATAN
Rakyat Kerajaan baru diTV1,TV2,TV3,Astro
12 Sept. Sidang Tergempar mengusulkan DSAI
membentuk ‘Caretaker Government”
10 Sept. PM mengumumkan perletakan jawatan.
9 Sept. Sidang Tergempar Parlimen di panggil.
8 Sept. 5 Menteri & Timbalan BN Letak Jawatan
7 Sept. 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi
Parlimen ke PAKATAN RAKYAT
6 Sept. Semua komponen BN dari Semenanjung keluar
BN kecuali MCA & MIC
5 Sept. Semua Parti Komponen BN dari Sabah &
Sarawak isytihar keluar BN.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.