Subscribe

Orang Anwar Dalam BN IKUT Anwar, Orang Anwar Dalam UMNO UNDI Anwar

"PERTAMA : Orang Anwar Dalam BN Ikut Anwar


Diandaikan , 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak [ atau 43 seperti kata YB Azmin Ali ] yang pertama berhijrah , maka yang – lain baki akan turut sama menyusul kemudian nya insyaAllah.

Ini disahkan dalam berita hari ini , iaitu Seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam , tidak akan melompat parti seperti yang diheboh-hebohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Sidang akhbar 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang , 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak 30 BN dan 1 DAP.

Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?

Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.

Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

KEDUA : Orang Anwar Dalam UMNO Undi Anwar

Dengan angka 31,195 – Anwar dapat , 15,524 – ariff dapat, 15,671 – majoriti , 857- tambahan undi Anwar , 1426 – kekurangan undi ariff bermakna pertambahan untuk Anwar

Rumusannya , daripada mana datangnya 2,273 tambahan undi yang Anwar dapat ?

Satu faktor yang ramai orang lupa ialah , masih ramai lagi orang – orang Anwar [ maksudnya setia menghargai Anwar sebagai sahabat , bekas pemimpin dan guru ] di dalam UMNO.

Pemimpin – pemimpin UMNO menyedarinya, tetapi tidak mampu melakukan apa – apa. Ini lah demokrasi namanya.

Walaupun cuba dinafikan oleh UMNO/BN melalui media arus perdana , iaitu lidah rasmi nya , seperti berikut ;-

i]
BN buat bedah siasat menyeluruh punca tewas


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080829063250/Article/


ii]
BN perlu akui kelemahan sendiri punca gagal di Permatang Pauh
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20080828231321/Article/

iii]
Kemenangan Anwar trend rakyat tolak BN?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


iv]
Jentera pilihan raya Barisan Nasional perlu berubah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm


v]
Pertembungan ideologi politik
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

"
By : UlitMayang

1 comment:

Jashamsulnizam said...

KEMENANGAN Anwar Ibrahim sudah pasti,
Agenda dan perancangannya pula yang dinanti,
Kata dan janji ditagih pengundi,
Harap tiada aral melintang lagi.

Namun sebagai muslimin sejati,
Aku akur pada ketentuan Illahi,
Walau gunung dan langit yang dijanji,
Allah sahaja yang maha mengetahui.

Ketentuan yang ESA tak kan aku ingkari,
Janji manusia hanya bersifat duniawi,
Kalau di izin dan bertepatan rezeki,
Nescaya Anwar bakal PERDANA MENTERI.

16 September tak lama lagi,
Ditunggu dinanti hari nya pasti,
Andai tak kesampaian hajat dihati,
Tidak bermakna janji dinodai.

Perjuangan ku ikhlas tiada sangsi,
Bukan mengharap dihulurkan rezeki,
Demi agama, bangsa dan ibunda pertiwi,
Takkan ku undur walau seinci.

HIDUP REFORMASI!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.