Subscribe

Pasca PRU 12 >>> PR Kecil P44 Permatang Pauh...SEMUANYA BARU TADI TERJADI. ...

Baru tadi isteri saya kata hanya satu yang bagus bila harga minyak naik mendadak dulu, tiada lagi mat-mat rempit membingar di jalan raya depan rumah kami. betul!

Baru tadi debat Agendadaily di DBP/kaca TV Pak Shabeery kata minyak patut naik 70 sen, tapi harga masih murah berbanding negara lain dan tidak mungkin diturunkan. betul?

Baru tadi Pak Shahrir tegaskan harga minyak pasti turun 1 september dan tahun baru nanti harga akan turun menurut pasaran global. betul?

Tapi baru tadi Pak Lah kata harga minyak turun 15 sen bermula 23 ogos 2008, tiada kaitan dengan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh 26 ogos nanti. para peniaga turunkanlah harga barangan, jangan tamak. betul?

Baru tadi kita dikabarkan budak Saiful buat laporan polis bahawa dia diliwat oleh Anwar, tiada kaitan politik. betul?

Baru tadi kita dapat tahu budak Saiful dengan mudahnya menemui Pak Najib TPM, memohon biasiswa menyambung pengajiannya. betul?

Baru tadi kita melihat foto-foto budak Saiful bergambar kenangan dengan beberapa pemimpin Umno sambil tersengih, tapi tiada apa-apa kaitan politik. betul?
Baru tadi pihak Hospital KLbuat pemeriksaan terhadap pengakuan budak saiful dia telah diliwat, laporannya ada pada pihak polis. betul?

Baru tadi pihak Pusrawi melaporkan tiada apa-apa kesan menandakan budak Saiful diliwat. betul?

Baru tadi juga pihak Pusrawi menafikan laporan doktornya itu tidak boleh diambil kira. betul?

Baru tadi budak Saiful melafaz sumpah laknat di Masjid Wilayah di depan pak imam ke 9, dia diliwat sekali saja (bukan 7-8 kali) oleh Anwar. Dia terinaya dan tiada kaitan dengan isu politik (esoknya hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh). betul?

Baru tadi kita tahu imam ke 9 itu adalah ada nombor ahli Umno Penanti, Permatang Pauh. betul?

Tapi baru tadi budak Saiful dipanggil Jawi untuk diselidik kenyataan tentang sumpahnya dan kenapa mempergunakan imam ke 9 dan Masjid Wilayah Persekutuan. betul?

Baru tadi beberapa exco PKR Negeri Perak ditahan BPR kerana tuduhan menerima rasuah, direman. lalu media pun bersungguh jadikan berita utama. dikatakan tiada kaitan dengan pilihan raya kecil permatang pauh. betul?

Baru tadi MB perak sekeras-kerasnya menafikan beberap exconya terlibat rasuah (terancang itu), konspirasi politik BN/Umno lagi katanya. betul?

Tapi, baru tadi pihak MB dan exco-exco yang ditahan itu menyaman Kerajaan Malaysia, BPR dan pihak media yang bersungguh mendedahkan perihal konspirasi /rasuah itu sebanyak RM100 juta. betul?

Baru tadi heboh berita beraninya Raja Petra Kamaruddin membuat pengakuan bersumpah tentang keterlibatan Pak Najib dengan kes profil tertinggi, pembunuhan Altantuya Sharibuu oktober 2006. betul?

Baru tadi RPK direman, menolak jaminan dan kemudian menerimanya. beliau bebas. betul?

Baru tadi pengakuan bersumpah Balasubaramaniam si penyiasat persendirian bahawa Pak
Najib memang terlibat dengan kes profil tertinggi itu. dia kemudiannya hilang entah kemana. betul?

Baru tadi tidak sampai 24 jam, dengan kecut perutnya Balasubramaniam si penyiasat persendirian itu membuat pengakuan bersumpah kedua bahawa dia menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya; dia masih entah dimana menyorok diri. betul?
Tapi, baru tadi di masjid Kampung Sungai Guar Permatang Pauh, Pak Najib juga dengan beraninya bersumpah (menurut cara budak Saiful, tapi tiada kitab suci di tangan kiri beliau) menegaskan dia tidak terlibat dengan kes pembunuhan malah tidak pernah pun mengenali Altantuya Sharibuu. katanya tindakan beliau ini tiada juga kaitan dengan politik. betul?

Baru tadi ya, semuanya terasa baru tadi.

http://abdulhadimuhamad.blogspot.com



by Ayahandaku

Abdulhadi Muhamad

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.