Subscribe

Pelajar UiTM demo esok 12 Ogos depan pejabat MB Selangor

Pihak UiTM Shah Alam yang diwakili oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diketuai sendiri Yang Dipertuanya akan mengadakan perhimpunan a.k.a. demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor esok iaitu pada 12 Ogos 2008 berhubung isu kuota 10% kepada bukan Bumiputra untuk memasuki UiTM yang dicadangkan pihak kerajaan Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu pihak penganjur telah menyediakan beberapa buah bas milik UiTM bagi memunggah pelajarnya ke pejabat Menteri Besar esok.

Sebelum itu pihak penganjur telah membuat satu pengumuman tergempar pada sesi kuliah berlangsung petang tadi ke semua fakulti-fakulti di setiap residen di UiTM.

Nampaknya pihak penganjur yang dipelopori MPPnya sendiri begitu perihatin terhadap keMELAYUan UiTM sehinggakan pengumaman yang dibuat live petang tadi berbaur kemarahan dan berunsur perkauman. Penekanan lebih kepada penjagaan hak Melayu untuk menakluk UiTM tetapi dalam masa yang sama telah menyebabkan kaum Sabah/Sarawak terasa terkilan dengan pengumuman tersebut. Semangat kebangsaan kemelayuan ditonjolkan sehingga tidak menyedari kaum lain yang turut ada dalam kelompok UiTM

Sejak bila pihak MPP mengambil berat tentang perihal anak buahnya di UiTM. Konon hari ini pelajar-pelajar UiTM telah digugat kebajikannya setelah pengumuman cadangan kuota 10% oleh kerajaan Negeri.

Mengapa MPP membisu seribu bahasa apabila bantuan makanan kepada pelajar-pelajar non-resident ditarik balik oleh pihak pentadbiran semata-mata mahu mengurangkan kos?
Mengapa membisu sejuta kata apabila yuran pengajian dinaikkan RM100 untuk satu semester baru-baru ini?

Mengapa MPP membisu tidak tejawab apabila terbinanya mahligai indah Naib Canselor di hadapan UiTM Shah Alam yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit?

Mengapa membisu tidak bersuara apabila kes maksiat berlaku di kawasan UiTM?

Mengapa diam tidak berlagu bila pelajar-pelajar membuat rungutan kerana kekerapan pertukaran cuti semester di saat akhir sehingga memberi kesulitan pelajar-pelajar luar ingin membeli tiket pulang ke kampung?

UiTM di hatiku..

by Mohaz_liNe

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.