Subscribe

Pelajar UiTM kena tipu!

" Pelajar UiTM tertipu apabila UMNO mengumumkan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas mereka kerana berdemonstrasi secara haram. Keseronokan mereka berdemonstrasi yang ditambah dengan kepuasan tidak perlu hadir ke kelas (dapat pelepasan) berkecai apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron memaklumkan tindakan akan diambil ke atas mereka.

Mungkin benar kata orang ramai, pelajar UiTM bagaikan lembu UMNO. Selepas puas dikerjakan, disembelih pula.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera kini berdepan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.

"Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

"Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.

Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.

Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

"Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.

"Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.

"Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan," katanya.

Kesian betul budak UiTM yang kini dilabel sebagai lembu UMNO. Tapi, bukan semua. Masih ramai yang tak setuju dengan UMNO tetapi terpaksa low-profile untuk elak dikenakan tindakan oleh proksi UMNO No.1, Ibrahim UMNO Shah.
"
by MelayuNeTT





No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.