Subscribe

Pemimpin dilantik, bukan Melantik diri Sendiri

Jika kita melihat apa yang berlaku dari dulu hingga kini dalam pemilihan jawatan2 umno diperingkat cawangan, bahagian mahupun peringkat pusat bolehlah dikatakan mirip pemilihan ketua kumpulan2 samseng. Cubalah imbas kembali dan renung2kanlah apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di setiap kali pemilihan2 UMNO tersebut.

Sudah menjadi rencah perjalanan pemilihan UMNO kasar mengkasari, fitnah menfitnah, rasuah merasuah, bergaduh malahan ada yang dibunuh (kes: Mokhtar Hashim & Dato' Taha) demi merebut kuasa untuk menjadi kepala atau ketua UMNO di peringkat cawangan atau bahagian masing. Itu tidak termasuk lagi perkara perkara lain yang tidak molek didengar berlaku dalam dalam pemilihan tersebut.

Kenapa dan Mengapa perkara yang tidak molek itu berlaku dalam pemilihan UMNO?. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan masing2 mahu MENGANGKAT ATAU MELANTIK diri sendiri menjadi ketua. Kalaulah begini caranya nak jadi ketua, maka kemenangan Jawatan Ketua itu bolehlah digelar KETUA SAMSENG, bukannya ketua rakyat. Apabila ketua ketua itu dilantik menjadi wakil rakyat atau menteri, maka moleklah mereka2 itu digelar wakil samseng atau menteri samseng.

Ketua rakyat, wakil rakyat dan menteri rakyat sebenar adalah mereka2 yang dipilih rakyat dengan cara adil, telus dan sokongan yang ikhlas diperolehi dalam siatem demokrasi bukannya cara paksaan, ugutan, penindasan, undi hantu atau mengelapkan sistem demokrasi seperti Radio dan TV gelap Malaysia.

Dari dulu hingga kini UMNO tidak berubah dan melihat keadaan yang berlaku keberlakangan ini malahan lebih teruk lagi parah ( Ini di akui sendiri oleh Sy. Hamid Albar bahawa pemilihan UMNO makin Ganas......). Kesimpulannya tiada lagi harapan untuk dipulihkan, sudah terlewat untuk diperbetulkan....terlewat...terlewat...terlewat dan terLIWAT.

So...apa lagi kawan kawan...KITA TUKAR HALUAN KE PARTI RAKYAT...insyaallah kebajikan kita rakyat2 marhaen terbela. Kita mulakan di P44-Permatang Pauh...Pastikan Bakal PM Minyak Turun Menang BESAR...

TUKAR...TUKAR...TUKAR...CORRECT!! CORECT!! CORECT!!

raw
Central Asia




No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.