Subscribe

Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh -Ref HarakahDaily

Sungguh memalukan. Gelagat anggota Puteri UMNO dan pemuda Umno yang menunjukkan isyarat lucah dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik. Ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung semasa perarakan calon semalam.

Media hanya menggembar-gemburkan tindakan anggota Puteri Umno yang membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya. Ini hanyalah bom asap,menutup perlakuan jijik Puteri UMNO bagi menutup perlakuan lucah mereka diketahui umum.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.



"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku
," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.

Inilah perbuatan 'sopan' para puteri UMNO.Membanggakan, generasi pemudi yang sepatutnya lebih sopan bertatasusila telah dicemari dengan imej para puteri UMNO. Tapi takpe, Islam Hadhari membenarkan.

by Farhan Shah




1 comment:

wanita utara said...

kerja liwat-meliwat ni kerja puak depa...tu pasai yang dok minat sangat tunggeng sana, tuggeng sini...pakai baju selaur ketat tunjuk punkoq....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.